Namruk yang kalah berhujah menghukum nabi Ibrahim dengan membakar ke dalam api. Oleh kerana api terlampau besar mereka tidak dapat menghampirinya, lalu nabi Ibrahim diletak di dalam minjanik untuk dilontar ke dalam api.
Semasa dilontar dengan minjanik Jibril mengadap tuhan. Dalam kitab menyebut Jibril bertanya tuhan mengapa membiarkan
nabi Ibrahim masuk ke dalam api. Tuhan jawab pergilah tanya Ibrahim.
Lalu Jibril turun menemui Ibrahim dan bertanya jika
memerlukan sebarang pertolongan.
Ibrahim berkata:
“Aku tidak akan minta pertolongan dengan kamu.”
Dengan Jibril sendiri pun nabi Ibrahim menolak. Apatah lagi
dengan orang lain.
Kemudian Jibril bertanya lagi:
“Adakah kamu hendak minta apa-apa dari tuhan supaya aku
boleh sampaikan.”
Nabi Ibrahim menjawab:
“Tuhan lebih tahu tentang diri aku. Aku akan dicampak ke dalam
api kerana aku membawa Islam”
Jibril naik semula ke langit memberitahu tuhan yang Ibrahim
menolak tawaran.
Tuhan berkata inilah hamba aku sebenar.
Dalam keadaan demikian ucapan terakhir nabi Ibrahim ialah:
HASBIALLAH WANI’MAL WAKIL, HASBIALLAH WANI’MAL WAKIL,
HASBIALLAH WANI’MAL WAKIL.
(menyerah diri kepada Allah)
Bila dicampak di dalam api tuhan terus menjawab:
“Wahai api jadilah kamu sejuk dan sejahtera ke atas Ibrahim.”
Nabi Ibrahim duduk dalam api selama seminggu. Besarnya api itu tujuh hari tujuh malam baru padam. Lepas
api padam nabi Ibrahim bangun elok sahaja. Tubuh badan dan pakaian dia tidak hangus kecuali tali
pinggannya.
Seminggu dalam api tuhan tumbuhkan pokok labu air. Buah labu air itulah menjadi makan minum nabi Ibrahim selama
seminggu dalam api.
Apakah moral kisah itu?
Moralnya ialah keyakinan yang tinggi terhadap pertolongan
Allah SWT.
Bila kita berjuang Islam bererti kita duduk di atas kebenaran.
Kemenangan Islam terserah kepada Allah SWT. Allah yang menentukan bukan
manusia. Sokongan golongan tertentu penting tetapi bukan semestinya penentu
kepada kemenangan kerana yang menentukan kemenangan sesebuah perjuangan ialah
Allah SWT.
Firman Allah Ta’ala surah Yasin (surah 36) ayat 82:
“Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Ia menghendaki
adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: "Jadilah
engkau! ". Maka ia terus menjadi
Baca Yasin tiap-tiap minggu tetapi masih bergantung kepada
manusia juga. Sentiasa berfikir manusia yang boleh memberi kemenangan. Ini satu
pemikiran yang salah. Allah sahaja yang menentukan kemenangan kerana kemenangan
adalah hak Allah.
Oleh itu marilah kita beristiqamah di atas perjuangan yang
benar.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment