Golongan khulafah ar-Rasyidin
ialah golongan yang Allah bagi petunjuk kepada mereka.
Khulafah ar-Rasyidin ulamak kata
ada empat. Mereka ialah Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman ibni Affan
dan Saidina Ali.
Ada juga ulamak mengatakan
khulafah ar-Rasyidin lima orang iaitu termasuk Saidinia Hasan bin Ali. Saidina
Hasan memerintah selama 6 bulan sebelum menyerah kepada Muawiah.
Jika dijumlah tempoh
pemerintahan lima orang ini genap tiga puluh tahun. Nabi SAW bersabda
pemerintahan khulafah ini genap 30 puluh tahun.
Saidain Abu Bakar masuk Islam
pada usia 38 tahun. Nabi SAW lebih tua daripada Abu Bakar dua tahun. Saidina
Abu Bakar menjadi Khalifah pada umur 61 tahun.
Saidina Abu Bakar berkawan dengan
nabi SAW semenjak daripada muda. Dalam satu perjalanan mereka berdua berhenti
rehat. Seorang Rahib bertanya Saidina Abu Bakar siapa yang tidur di bawah pokok
itu.
Saidina Abu Bakar menjawab:
“Sahabat aku Muhamad.”
“Nabi Isa pernah berehat di bawah
pokok itu. Sesungguhnya Muhamad itu memang seorang rasul.” Kata Rahib itu.
Semenjak daripada peristiwa itu
persahabatan mereka bertambah akrab. Bila nabi ajak Saidina Abu Bakar masuk
Islam dengan mudah dia menerimanya.
Ayah dan ibu Saidina
Abu Bakar adalah Islam. Anaknya Abdul Rahman yang terlibat dalam perang Badar
bersama puak musyrikin akhirnya masuk Islam. Jadi semua keluarganya adalah
Islam. Keistimewaan Saidina Abu Bakar ialah dia menerima bulat-bulat apa yang
nabi SAW cakap.
Dalam peristiwa israk dan mikraj
bila Abu Jahal bertanya Saidina Abu Bakar:
“Adakah kamu percaya yang kawan
kamu cakap, semalam berada di masjid Aqsa tetapi sekarang berada di sini.”
Jawab Saidina Abu Bakar:
“Oleh kerana Muhamad
yang cakap aku percayalah kerana Muhamad tidak pernah bercakap bohong.”
Ini bermakna Saidina Abu Bakar
tidak percaya jika Abu Jahal yang cakap.
Dengan peristiwa israk
dan mikraj itu Saidina Abu Bakar digelar ‘as-Siddiq’
Ketika suasana kelam-kabut
sebaik-baik sahaja Rasulullah wafat Saidina Abu Bakar berucap dengan ucapan
yang amat masyhur yang mententeramkan keadaan:
“Sesungguhnya Muhamad
hanya seorang rasul. Dia telah wafat sebagaimana wafatnya rasul-rasul
terdahulu.”
Dalam satu peristiwa yang lain
Saidina Abu Bakar berkata dengan keras kepada Saidina Umar:
“Pada masa jahiliah
bapak samseng dan bila masuk Islam pengecut.”
Pada masa pemerintahannya berlaku
peristiwa murtad tetapi beliau telah menghancur golongan itu dengan jayanya.
Beliau mati pada usia 63 tahun,
sama dengan umur kewafatan nabi SAW.
Saidina Umar berbeza umur dengan
nabi SAW lebih kurang 13 tahun. Pada masa nabi SAW dilantik menjadi Rasul dia
berumur 27 tahun. Dengan darah muda dia cukup kuat
melawan nabi SAW sehingga ada orang mengatakan jika keldai masuk Islam Umar
belum tentu masuk Islam.
Tetapi bila Allah masuk
hidayat ke dalam hatinya dengan ayat surah Toha dia masuk Islam. Umurnya masa
itu 33 tahun. Ibni Mas’ud kata bila Umar masuk Islam kami rasa Islam hebat dan
kuat.
Kelebihan pada Saidina
Umar nabi SWA kata lidah dan hati Saidina Umar berada di atas kebenaran. Bila
sebut idea kepada nabi SAW ayat Quran diturunkan sebagaimana dia kata.
Saidina Umar berkata
kepada nabi SAW bukankan cantik belakang maqam Ibrahim dijadikan tempat
sembahyang. Lalu Allah turun ayat Quran membenarkan cadangan Saidina Umar.
Nabi tanya Saidina Umar
bagaimana hendak buat dengan tawanan Badar. Saidina Umar kata bunuh sahaja.
Tidak lama kemudian turun ayat Quran menyuruh bunuh tawanan Badar itu. Sebab
nuzul ayat pengharaman arak secara keseluruhan adalah kerana pertanyaan Saidina
Umar tentang arak kepada nabi SAW.
Sebelum berhijrah ke Madinah
beliau mengisytiharkan diri di hadapan khalayak ramai:
“Esok aku akan berhijrah
ke Madinah. Barangsiapa yang mahu isteri menjadi janda dan anak-anak menjadi
anak yatim, sila halang aku esok.”
Di zamana jahiliah dia
telah menanam hidup-hidup anak perempuan seramai tiga orang. Yang terakhir anak
perempuan berusia 9 tahun. Sebelum membawa anak ke padang pasir, beliau telah
memberi makan anak itu dengan makanan yang terbaik dan memakai pakaian yang
paling cantik.
Selepas selesai makan beliau
membawa anaknya berjalan ke padang pasir. Beliau membawa bersama sebilah
cangkul dan seutas tali. Bila penat menggali lubang, beliau berhenti rehat di
tepi lubang. Ketika itu anaknya mengesat peluh beliau. Bila
lubang digali cukup dalam beliau pun menarik anaknya ke dalam lubang dan
mengambusnya.
Di zaman
pemerintahannya berlaku keadaan inflasi. Oleh itu beliau tidak menjalankan
hukum potong tangan ke atas pencuri. Ini bukan bermakna hukum hudud dibatalkan
tetapi kerana tidak cukup syarat untuk menjalankan hukum potong tangan ke atas
pencuri.
Ketika beliau sedang berucap,
seorang wanita telah menegur ucapannya berkait dengan mas kahwin.
Beliau berkata:
“Wanita itu betul, Umar
yang salah.”
Saidina Umar walaupun
garang sifatnya, tetapi beliau sangat lembut terhadap isterinya.
Saidina Umar mula menjadi
khalifah pada umur 53 tahun dan mati pada umur 63 tahun. Beliau mati akibat ditikam
ketika sedang sembahyang Subuh.
Saidina Uthman berbeza umur
dengan nabi SAW 5 tahun. Pada masa nabi Muhamad SAW menjadi rasul Saidina
Uthman berumur 35 tahun dan dia masuk Islam ketika berumur 35 tahun.
Nabi kata Saidina
Uthman sudah membeli syurga dua kali. Pertama kali dia membiayai separuh
daripada kelengkapan satu peperangan. Kedua dia membeli telaga Yahudi dengan
begitu mahal dan diwakafkan kepada orang Islam.
Saidina Uthman telah
berkahwin dengan dua orang puteri nabi SAW. Mula-mula dia berkahwin dengan
Ruqaiyah dan bila Ruqaiyah meninggal dunia nabi kahwinkan dia dengan Ummi
Kalthum. Nabi sangat berkenan pada Saidina Uthman buktinya bila Ummi Kalthum
mati, nabi SAW kata kalau dia ada anak perempuan lagi nescaya dia kahwinkan
dengan Saidina uthman.
Dalam satu insiden ketika nabi
SAW sedang duduk di depan rumahnya dengan keadaan kain terselak dan ternampak
paha. Para sahabat masuk nabi SAW buat tidak kisah sahaja. Tetapi bila Sadina
masuk nabi SAW cepat-cepat menarik kain menutup pahanya.
Bila ditanya kenapa, nabi SAW
menjawab:
“Tidakkah aku tidak
malu dengan orang yang malaikat malu kepadanya.”
Beliau memerintah selama 12 tahun bermula dari umur 70 tahun. Beliau dibunuh
dalam rumahnya ketika sedang membaca al-Quran. Darahnya memancut atas Quran
pada ayat bermaksud:
“Cukuplah bagi kamu Allah.”
Beliau meninggal dunia pada usia
82 tahun.
Selepas Saidina Uthman meninggal
dunia Saidina Ali dilantik sebagai khalifah. Saidina Ali 30 tahun lebih muda
daripada nabi SAW.
Pada masa nabi dilantik menjadi
rasul Saidina Ali baru berumur 10 tahun dan dialah kanak-kanak yang pertama
masuk Islam. Semasa rumah Rasulullah dikepung Saidina Ali
berselimut di tempat tidur nabi mengganti tempat nabi SAW. Masa itu dia berumur
23 tahun. Keistimewaan Saidina Ali ialah badannya banyak menyerupa nabi SAW.
Pada zaman pemerintahannya
berlaku dua peperangan yang terkenal. Satu dengan
kumpulan Siti Aisyah, isteri nabi dan satu lagi dengan Muawiah kerana beliau
dituduh tidak bertindak di atas kematian Saidina Uthman. Tidak syak lagi dalam
kedua-dua peperangan itu Saidina Ali yang betul.
Saidina Ali pernah ditanya:
“Wahai amirul mukminin kenapa di
zaman pemerintahan amirul mukminin banyak berlaku porak peranda tetapi tidak di
zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.”
Saidina Ali dengan tegas
menjawab:
“Semasa zaman
pemerintahan Abu Bakar dan Umar, pengikutnya orang semacam aku, tetapi di zaman
pemerintahan aku pengikutnya orang yang semacam kamu.”
Saidina Ali dilantik
menjadi khalifah ketika umurnya 59 tahun dan meninggal dunia pada usia 63
tahun. Beliau ditetak dengan pedang ketika dalam perjalanan ke masjid untuk
menunaikan solat Subuh.
KULIAH YT
KHULAFAH AR-RASYIDIN – 6/6
Selepas kematiannya pemerintahan
disambung oleh anaknya Saidina Hasan selama 6 bulan.
Jadi pemerintahan ke lima-lima
khalifah itu berjumlah genap 30 tahun menepati dengan ucapan nabi yang
mengatakan khalafah 30 tahun.
Rasulullah SAW wafat
pada usia 63 tahun dan tiga orang sahabat iaitu Saidina Abu Bakar, Saidina Umar
dan Saidina Ali juga meninggal pada usia 63 tahun.
Nabi bersabda:
“Umur umat aku antara
60 hingga 70 tahun sahaja.”
Ada orang mati sebelum umur 60,
ada yang mati lebih sedikit daripada 70 tahun. Jarang-jarang yang mati lebih
daripada 80 tahun. Tetapi umur purata umat Muhamad ialah antara 60-70 tahun.
KULIAH YT
ZZ
No comments:
Post a Comment