Mengikut hadis riwayat sahih Bukhari lepas sembahyang Subuh nabi SAW bertanya
para sahabat:
“Semalam siapa mimpi?”
Para sahabat berkata:
“Tiada ya Rasulullah”
Nabi berkata:
“Semalam aku bermimipi.”
Mimpi Rasulullah adalah wahyu dan hukum
agama.
Nabi berkata:
“Semalam aku bermimpi dua orang membawa aku
sampai ke Baitul Maqdis, Palestin. Dia memimpin tangan aku sampai ke satu
tempat dan melihat satu kumpulan lelaki. Ada yang berdiri dan ada yang duduk
semua memegang sabit. Mereka meletak sabit di sebelah
bibir kanan dan ditarik sampai ke tengkak. Lepas itu mereka memegang sabit
dengan tangan kiri dan menarik sampai ke tengkak.
Kemudian kedua-dua bibirnya dicantum kembali
dan ditarik lagi. Bagitulah mereka buat sehingga hari kiamat. Nabi tanya apa
mereka buat semasa di dunia dulu.
Dua orang memberitahu mereka itu
banyak berdusta dan membuat fitnah.
Aku dibawa ke satu tempat lain dan
aku melihat mereka yang berdiri memukul kepala mereka yang terlentang dengan
batu. Batu berkecai dan kepala berkecai. Kepala bercantum kembali dan diambil
batu lain lalu dihembap pula kepala. Ini diulangai sampai kiamat.
Aku bertanya apa yang dibuat semasa di dunia
dulu.
Dua orang itu berkata mereka itu
ialah orang ada ilmu tetapi tidak diamalkan.
Aku berjalan lagi, sampai ke satu tempat aku
melihat satu oven besar dan di atasnya ada lubang. Di
dalamnya penuh dengan orang lelaki dan perempuan yang bertelanjang. Setiap kali
api itu memarak maka melambung-lambung orang yang duduk di oven itu melalui
lubangnya.
Aku bertanya apa mereka buat atas dunia dulu.
Merek itu ialah pelacur dan
penzina.
Aku dibawa berjalan lagi dan sampai ke satu sungai darah. Aku melihat setiap kali orang yang
berenang dalam sungai darah itu sampai ke tebing mereka dilontar batu ke mulut
lalu pecah mulutnya.
Aku bertanya apa yang mereka buat semasa di
dunia dulu.
Aku diberitahu mereka itu ialah
golongan yang makan riba.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment