Saturday, December 31, 2016

NAMA-NAMA SYURGA



 1. Syurga Firdaus

Firman Allah Ta’ala surah al-Kahfi (surah 18) ayat 107:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).”

Firman Allah Ta’ala surah Al Mu'minuun (surah 23), ayat 9-11:

( 9 )   Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
( 10 )   Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -
( 11 )   Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.


2. Surga 'And

Firman Allah Ta’ala surah Thaaha (surah 20) ayat 75-76:

( 75 )   "Dan sesiapa yang datang kepada-Nya sedang ia beriman, serta ia telah mengerjakan amal-amal yang soleh, maka mereka itu akan beroleh tempat-tempat tinggal yang tinggi darjatnya:
( 76 )   "(Iaitu) Syurga-syurga yang kekal, yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itu ialah balasan orang-orang yang membersihkan dirinya dari perbuatan kufur dan maksiat".

Firman Allah Ta’ala surah Shaad (surah 38) ayat 50-52 :

( 50 )   Iaitu beberapa buah Syurga tempat penginapan yang kekal, yang terbuka pintu-pintunya untuk mereka;
( 51 )   (Mereka akan bersukaria) dalam Syurga itu sambil berbaring (di atas pelamin); mereka meminta di situ buah-buahan dan minuman yang berbagai jenisnya dan rasa kelazatannya.
( 52 )   Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya.

3. Syurga Na'iim

Firman Allah Ta’ala surah al Hajj (surah 22), ayat 56:

“Kuasa pemerintahan pada hari kiamat itu tertentu bagi Allah. Ia akan menghukum di antara mereka. Maka orang-orang yang beriman dan beramal soleh ditempatkan di dalam Syurga yang penuh dengan segala nikmat dan kesenangan;”

Firman Allah Ta’ala surah Luqman (surah 31), ayat 8 :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat,”

4. Syurga Ma'wa

Firman Allah Ta’ala surah As Sajdah (surah 32), ayat 19

“Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan beroleh Syurga tempat tinggal yang tetap (syurga Ma’wa) sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan.

Firman Allah Ta’ala surah An Naziat (surah 79), ayat 41:

“Maka sesungguhnya Syurgalah (syurga Ma’wa) tempat kediamannya.”

5. Syurga Darussalam

Firman Allah Ta’ala surah Yunus (surah 10) ayat 25:

(Itulah dia kesudahan kehidupan dunia), dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa, dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya) ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu).

Allah menyeru (manusia) ke darussalam (syurga), dan menunjuki orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus (Islam).

Erti kalimat darussalam ialah tempat yang penuh kedamaian dan keselamatan.

6. Syurga Daarul Muqoomah

Firman Allah Ta’ala surah Faathir (surah 35) ayat 34-35:

( 34 )   Dan (sebagai bersyukur) berkatalah mereka: "Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami; Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat);
( 35 )   Tuhan yang telah menempatkan kami di tempat tinggal yang kekal, dengan limpah kurnia-Nya semata-mata. Kami tidak akan merasa penat lelah di situ, dan Kami juga di situ tidak akan merasa letih lesu".

7. Syurga Maqoomul Amiin

Firman Allah Ta’ala surah Ad-Dukhan (surah 44) ayat 51-56

( 51 )   Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa. -
( 52 )   Ia itu di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya,
( 53 )   Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam; (mereka duduk di tempat perhimpunan) sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin masing-masing).
( 54 )   Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.
( 55 )   Mereka meminta - di dalam Syurga itu - tiap-tiap jenis buah-buahan (yang mereka ingini), dalam keadaan aman sentosa.
( 56 )   Mereka tidak merasai kematian dalam Syurga itu selain daripada mati yang mereka rasai (di dunia) dahulu; dan Allah selamatkan mereka dari azab neraka;

Sesuai dangan penegasan Allah swt. didalam Al Qur'an, surat Ad Dukhan, ayat 51 :

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada dalam tempat yang aman,"

8. Syurga Khuldi

Firman Allah Ta’ala surah al-Furqaan (surah 25) ayat 15-16:

( 15 )   Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah (azab seksa neraka) yang demikian itu lebih baik atau Syurga yang kekal, yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa?" Syurga yang sedia diuntukkan bagi mereka sebagai balasan dan tempat kembali.
( 16 )   Mereka beroleh di dalam Syurga itu apa yang mereka kehendaki, mereka pula kekal di dalamnya. Balasan yang demikian adalah satu janji yang dijamin oleh Tuhanmu, lagi yang dipohonkan dan dituntut (dalam doa masing-masing).

Syurga Khuldi dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa sebagai balasan.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment