Jika kita membeli buah-buahan
bawalah masuk ke dalam rumah secara senyap-senyap. Jika dilihat oleh jiran maka
menjadi tanggungjawab kita untuk memberi sebahagian buah-buahan itu kepada
jiran itu.
Apa pula jika buah itu berbau.
Contoh buah durian. Maka menjadi tanggungjawab kita untuk memberi kepada jiran
kita itu.
Sekarang ini menjadi kebiasaan
bila makan bersama keluarga di restoran, mengambil gambar hidangan makanan dan
hantar kepada grup wasap. Bila orang melihat gambar makanan itu mungkin ada
yang teringin. Oleh itu menjadi tanggungjawab kita untuk menghantar makanan itu
kepada pihak yang teringin.
Adalah menjadi lebih teruk lagi
jika foto dimasuk dalam facebook kerana seluruh dunia dapat melihatnya.
Ada satu kes apabila gambar isi
durian yang merah dimasuk dalam grup wasap. Semua yang melihatnya terliur.
Secara tiba-tiba gambar itu dilihat oleh isteri yang sedang mengandung. Lalu
isteri ini mendesak suaminya mencari durian itu. Ini menimbulkan masalah kepada
suami isteri itu.
Oleh itu mulai sekarang
hentikanlah budaya itu supaya kita tidak dipertanggungjawabkan di akhirat
nanti.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment