Thursday, December 29, 2016

TANDA TUHAN KASIH



Sabda Rasulullah SAW:

“Apabila Allah berkenan kepada seseorang manusia Allah akan gunakan dia.”

Sahabat bertanya:

“Ya Rasulullah bagaimana Allah hendak guna manusia ini.”

Nabi menyebut:

“Allah akan beri taufik kepadanya, dia boleh membuat amalan baik sepanjang hari.”

Dia tidak membuat perkara maksiat. Dia menghabiskan masa sehariannya membuat ibadat kepada Allah. Bila duduk dalam masyarakat menjadi penyebab semua orang jadi baik. Itu tanda orang tuhan kasih.

Cuba muhasabah diri kita. Bagaimana kita menghabiskan masa harian kita. Adakah masa dihabiskan kerana membuat ibadat atau habis kerana memberi manfaat kepada orang. Jika ada dua perkara itu maka itu adalah tanda tuhan kasih kepada kita.

Tetapi jika lepas sembahyang Subuh balik tidur. Bila tiba waktu Zohor jika rajin pergi masjid dan jika tidak rajin sembahyang di rumah. Sembahyang Asyar pun begitu juga. Lepas sembahyang Maghrib terus balik kerana hendak mendengar berita Perdana. Waktu Isya pula rasa hendak datang masjid datang sembahyang. Jika ini berlaku kepada diri kita dibimbangi kita tidak dikasih oleh Allah.

Cuba cek diri kita. Orang sibuk memperjuangkan Islam, kita memberi sumbangan atau tidak. Sama ada duit, tenaga atau fikiran.

Contoh orang dikasihi Allah:

1. Imam Abu Hanifah bila tentera menyerbu rumahnya, dia memberitahu kepada anggota tentera: “Kamu boleh pijak semua rumah aku kecuali tempat itu sahaja aku tidak izinkan.”

Bila ditanya kenapa. Beliau menjawab:

“Kerana di situlah aku khotam Quran tujuh ribu (7,000) kali.

2. Imam Syafie khotam Quran tiap-tiap hari. Bulan Ramadan pula khotam Quran dua kali sehari, siang sekali dan malam sekali.

3. Abdullah bin Mubarak RA dalam masa tiga tahun.

Tahun pertama dia menghabiskan masa untuk perang. Semua perang dia masuk.

Tahun kedua, dia duduk di Mekah membuat haji dan umrah selama setahun

Tahun ketiga pula, dia menuntut ilmu selama setahun. Mana ada pengajian agama semuanya dia ikut.

4. Ali Zainal Abidin bin Husin bin Ali bin Abi Talib, cicit baginada SAW satu malam tahjud seribu (1,000) rakaat.

Itu antara manusia yang tidak pernah membuang masa dengan sia-sia. Itulah contoh yang manusia tuhan gunakan, yang manusia tuhah kasih.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment