Jika tiada ujian dan dugaan
bukanlah kehidupan namanya.
Kenapa aku diuji?
Jawapannya ada dalam surah
al-Ankaboot (surah 29) ayat 2-3:
( 2 )
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:
"Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
( 3 )
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada
mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah
tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang
diketahui-Nya orang-orang yang berdusta.
Kenapa aku
tidak dapat apa yang aku idamkan?
Jawapannya
ada dalam surah al-Baqarah (surah 2) ayat 216:
“Kamu
diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah
perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia
baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi
kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu
tidak mengetahuinya.”
Kenapa ujian
seberat ini?
Jawapannya
ada dalam surah al-Baqarah (surah 2) ayat 286:
“Allah tidak
memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya
Anda rasa
kecewa
Jawapannya
dalam surah al-Imran (surah 3) ayat 139:
“Dan
janganlah kamu merasa lemah, janganlah kamu berdukacita, padahal kamulah
orang-orang yang tertinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang sungguh-sungguh
beriman.”
Saya rasa
sedih sangat!
Jawapannya
ada dalam surah at-Taubah (surah 9) ayat 40:
“Janganlah
kamu bersedih sesungguhnya Allah bersama kita”
Bagaimana
harus aku menghadapinya?
Jawapannya
ada dalam surah al-Imran (surah 3) ayat 200:
“Wahai
orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu menghadapi segala kesukaran dalam
mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan, dan kuatkanlah kesabaran kamu
lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan, dan bersedialah kekuatan
pertahanan di daerah-daerah sempadan serta bertaqwalah kamu kepada Allah
supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan.”
Dan Allah
berfirman dalam surah al-Baqarah (surah 2) ayat 45:
“Untuk
menghadapi ujian-ujian Allah dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan
sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk hatinya.
Anda ditanya
apa yang aku dapat dari semua ujian ini?
Jawapannya
ada dalam surah at-Taubah (surah 9) ayat 111:
“Sesungguhnya
Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta
benda mereka dengan memberi mereka Syurga.
Kepada siapa
aku ingin berharap?
Jawapannya
ada dalam surah at-Taubah (surah 9) ayat 129:
“Cukuplah
Allah bagiku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; kepada-Nya aku
bertawakal
Andai dikata
aku sudah tidak dapat bertahan lagi dengan ujian ini
Jawapannya ada dalam surah al-‘Araf (surah 7) ayat
12:
“Dan
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada yang berputus
asa dari rahmat Allah melainkan orang-orang kafir”
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment