Selepas Siti Khadijah
mententeramkan nabi SAW, beliau memberi satu cadangan.
Sebenarnya apa yang dikatakan
oleh Siti Khadijah kepada nabi SAW adalah pendapat yang baik yang dapat
diterima oleh akal yang waras. Dalam kesempatan ini kita dapat melihat betapa
mulianya fikiran Siti Khadijah.
Waktu nabi SAW balik ke rumah
dalam keadaan cemas, Siti Khadijah beri pula kata-kata yang boleh menaikkan
semangat nabi SAW.
Kita patut tiru sifat Siti
Khadijah ini. Jika orang datang meminta nasihat berilah nasihat yang bernas
yang boleh menaikkan semangatnya.
Jika orang memberitahu satu
masalah, dengar betul-betul masalahnya. Beri pandangan yang boleh menyelesaikan
masalahnya dan menaikkan semula semangatnya.
Anak balik ke rumah
kerana kemalangan. Jangan marahkannya. Emak sudah kata jangan pergi, kamu degil
pergi juga. Jangan cakap begitu tetapi cakaplah sudah kehendak tuhan, mari kita
pergi cek di hospital.
Umur tujuh puluh tahun dah,
suruhlah anak bawa kereta, tetapi degil. Janganlah bercakap begitu.
Tirulah sifat Khadijah
yang bukan sahaja mententeram hati suami tetapi memberi kata-kata menaikkan
semangat dan meyakinkan suaminya, nabi SAW.
Nabi bersabda:
“Orang yang mantap iman ramai di
kalangan laki-laki, tetapi di kalangan wanita yang iman mereka mantap cuma tiga
orang sahaja. Pertama Khadijah binti Khuailid, kedua
Aisyah binti Abu Bakar dan ketiga Fatimatul Zahrah, puteri baginda SAW.”
Bagi orang perempuan tirulah
ketiga-tiga sifat perempuan ini.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment