Saturday, December 31, 2016

BILA SUAMI MENINGGAL, APA PERLU BUAT??



Kematian tidak kira sesiapa dan ketika. Namun, sekiranya kematian itu melibatkan suami, isu berkaitan Harta Pusaka beliau mesti diberi perhatian yang lebih terutama oleh isteri simati.
 
Apabila mati, suami meninggalkan harta, isteri dan anak-anak. Kebanyakan isteri merasakan harta pusaka itu hak dia dan anak-anak sahaja

Bagaimana dengan ayah dan mak suami? 

Hukum Faraid telah menetapkan ayah dan mak masing-masing dapat 1/6 setiap orang (rujuk Surah Al-Nisa' ayat 11), isteri 1/8 dan baki untuk anak-anak. 

Jika suami tiada ayah dan anak lelaki, isu lagi besar boleh timbul apabila anak-anak perempuan hanya dapat 1/2 jika seorang, 2/3 jika dua orang atau lebih, isteri tetap 1/8 dan baki akan berpindah kepada adik beradik simati. Jika adik beradik menuntut dan isteri tak mampu membayarnya bagaimana?

Kejahilan pada Ilmu Faraid boleh membawa risiko waris-waris dekat simati makan hak orang lain yang  sudah tentu hukumnya HARAM (rujuk Surah Al-Fajr ayat 19).

Isu HARAM kadang-kadang boleh berlaku juga walaupun dalam keluarga yang lengkap dengan ayah dan anak lelaki. 

Saya beri beberapa contoh:

1. Isu hutang simati. Waris2 wajib selesaikan hutang simati terlebih dahulu sebelum harta difaraidkan. Hutang dengan Allah seperti badal haji, zakat (terutama zakat simpanan yang tidak dikeluarkan oleh bank), fidyah puasa dll juga hutang sesama manusia, bank dsb.

Hutang tak selesai tapi harta pusaka telah dimanfaatkan oleh waris memberi kesan besar kepada arwah di alam barzakh dan dosa waris kerana gagal tunaikan tanggungjawab. Ketahuilah bahawa hutang juga diwarisi oleh waris ikut bahagian masing-masing.

2. Isu tahlil dan kenduri arwah.
Ia seolah-olah jadi wajib apabila seseorang meninggal. Sedangkan tahlil bukan sunnah nabi. Tiada satu hadis pun diriwayatkan berkaitannya. Sedangkan uruskan pusaka yg wajib dengan dalil ayat Al-Quran diabaikan. 10 tahun mati, tapa pusaka tak selesai. Tahlil entah berapa puluh kali dah buat. Tahlil hukumnya harus. Jadi sunat (dapat pahala) jika dibuat dengan cara yang elok. Isu bacaan zikir dan ayat-ayat al-Quran sudah betul. Tapi isu 
menggunakan harta pusaka semasa tahlil dan jamuan kenduri arwah TANPA PERBINCANGAN DENGAN SEMUA WARIS DAN PERSETUJUAN MEREKA adalah HARAM. Sedar atau tidak bahawa isteri simati telah memberi makan kepada jemaah yang datang bertahlil itu dengan harta yang HARAM. Na'uzubillah.
Andaikata waris bersetuju, perlu diingat bahawa yang boleh bersetuju melepaskan hak adalah waris anyg cukup umur sahaja (baligh). Waris-waris bawah umur tidak boleh melepaskan hak. Maka kekal HARAM jika bahagian mereka digunakan.

3. Isu bahagi sama rata. Hukumnya harus dalam pembahagian harta pusaka. Tetapi yang boleh membuat keputusan bahagi sama rata adalah anak-anak lelaki sahaja sebab bahagian faraid mereka adalah besar iaitu 2 bahagian. Jika mereka tidak bersetuju maka tidak sah pembahagian sama rata. Kadang-kadang simati telah berwasiat supaya harta dibahagi sama rata. Wasiat tu tetap tidak boleh dilaksana jika waris lelaki tidak bersetuju.
Keputusan sama rata juga tidak boleh diputuskan oleh waris-waris bawah umur.

4. Isu wasiat. 

Ada orang suka berwasiat supaya hartanya diserahkan kepada waris-waris tertentu. Ada pulak syarikat-syarikat tertentu yang mempromosi dan membuat dokumen wasiat sehingga mengelirukan ramai orang.

Ada yang berwasiat kepada seorang anak sedangkan dia ada anak-anak yang lain. Ada yang wasiatkan harta tertentu untuk anak-anak tertentu. Wasiat sebegini boleh mendatangkan risiko perbalahan antara waris jika mereka gagal memahami.
Hukum wasiat kepada waris yang dapat faraid adalah tidak sah kecuali dipersetujui oleh semua waris. Persetujuan mesti berlaku selepas mati pewasiat. Jika waris-waris tidak faham, risiko berbalah dan makan HARAM boleh berlaku.

Wasiat yang sah dan wajib ditunaikan ialah wasiat pada kadar maksima 1/3 sahaja kepada BUKAN WARIS seperti anak angkat, anak tiri, anak susuan, cucu dari anak perempuan dll. Wasiat juga boleh dibuat kepada masjid, sekolah agama, anak yatim dsb.

BELAJAR Faraid adalah wajib.

Betul!!! Harta difaraid selepas mati. Tapi belajar Faraid mesti semasa hidup supaya masing-masing faham hukum dan bekalkan ilmu yang sah kepada waris-waris.

No comments:

Post a Comment