Saturday, December 31, 2016

JALAN PINTAS DITOLAK OLEH NABI SAW



Jika kita mengkaji dalam sejarah dulu, di Taif nabi dibaling dengan batu dan berdarah hingga ke kaki. Lalu Jibril turun selepas nabi berdoa dan menawar kepada nabi untuk menghancurkan penduduk Taif ini. Jibril berkata akan mengangkat bukit dan hembap atas penduduk Taif.

Nabi menolak tawaran Jibril kerana mengharapkan keturunan mereka akan menyokong Islam. Jadi nabi menolak jalan pintas yang ditawar oleh Jibril untuk mencapai kemenangan dalam perjuangan.

Sangkaan baik nabi SAW akhirnya menjadi kenyataan. Selepas daripada pembukaan Kota Mekah seluruh orang Arab di Mekah masuk Islam. Ini merupaka kemenangan yang diredhai Allah SWT.

Apabila nabi SAW wafat Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah pertama, berlaku peristiwa riddah. Saidina Abu Bakar terpaksa menentang golongan riddah ini dengan menubuh pasukan tentera dua belas ketumbukan.

Majoriti pasukan tentera mempertahankan negara Islam dan berhadapan dengan serangan riddah pada masa itu ialah anak-anak muda daripada Taif. Dulunya ayah-ayah dan datuk-datuk mereka menolak Islam. Tetapi dengan husnuzzan dan hasrat nabi akhirnya anak cucu mereka yang membela, mempertahan dan menyelamatkan kerajaan Islam daripad serangan riddah.

Jika nabi SAW mengambil jalan pintas hendak menang cepat dengan menerima tawaran Jibril mungkin kerajaan Islam tidak selamat daripada serangan riddah.

Kemenangan ada yang diredhai dan ada yang tidak diredhai Allah. Apa yang kita mahu ialah kemenangan yang diredhai Allah SWT.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment