Saturday, December 31, 2016

KEISTIMEWAAN PAS



Mereka yang menubuh PAS tahun 1951`meletakkan dalam perlembagaan rukun tertinggi dalam PAS ialah Quran, hadis, Ijmak ulamak dan Qias. Ini adalah asas hukum mazhab Ahli Sunnah Waljamaah. Syiah tidak ada Qias. Perlembagaan PAS Quran, hadis, Ijmak ulamak dan Qias. Ada setengah menolak ijmak.

Untuk menjamin perlembagaan PAS berjalan dengan betul maka ditubuhkan Majlis Syura Ulamak yang dilantik daripada mereka yang belajar agama dalam segala bidang dan kepakaran. Kepakaran dalam ilmu hadis, ilmu tafsir, ilmu bahasa Arab, ilmu usul fiq, ilmu syiasah syar’iyah yang boleh mengkaji nas-nas yang ada dalam kitab-kitab muktabar.

Jika ada masalah khilaf mentarjihkan masalah yang khilaf. Kalau tidak dalam kitab mereka berijtihad secara jama’i. Kita payah hendak cari ulamak yang boleh berijtihad macam Syafie, Hanafi, Hambali dan Maliki. Hendak cari macam Imam Nawawi pun payah.

Jika ada masalah baru kita boleh berijtihada secara jama’i dan tidak menjadi salah. Ini keutuhan yang ada dalam parti PAS.

Dalam dunia parti Islam seluruhnya hanya PAS sahaja yang ada Majlis Syura Ulamak. Ikhwanul Muslimin tidak ada Majlis Syura Ulamak, parti Islam Indonesia tidak ada Majlis Syura Ulamak, Jamaah Islamik Pakistan dan India tidak ada Majlis Syura Ulamak dan parti Islam Tunisia tidak ada Majlis Syura Ulamak. Ini keistimewaan PAS berbanding parti-parti Islam lain.

Malangnya ada ura-ura di kalangan PAS yang kononnya tahu undang-undang cuba hendak meminda perlembagaan PAS supaya Majlis Syura Ulamak menjadi penasihat sahaja kepada PAS. Penasihat boleh didengar dan boleh ditolak.

Mengikut perlembagaan PAS, pemimpin-pemimpin PAS mesti tunduk kepada keputusan Majlis Syura Ulamak. Ini yang ada dalam PAS. Mesti patuh kepada keputusan Majlis Syura Ulamak mengikut syariat dan dasar-dasar Islam.

Bagi mereka Majlis Syura Ulamak menjadi penghalang untuk bergerak ke hadapan dengan cepat. Penghalang untuk menang cepat. Mereka hendak menang cepat tanpa mengira keredhaan Allah SWT.

KULIAH YT



No comments:

Post a Comment