Thursday, December 22, 2016

PENCEGAH SEKSAAN KUBUR



Suratul Mulk (Surah 67).

Surah ini mengandungi 30 ayat sahaja.

Surah ini amat penting untuk membebaskan diri daripada azab ukur. Setiap orang, tua dan muda, lelaki dan perempuan mesti baca surah ini setiap malam sebelum tidur.

Rasulullah SAW menyebut surah ini sebagai pencegah atau penahan daripada seksaan kubur.

Kita duduk dalam kubur mengkin ratusan tahun atau ribuan tahun. Mengikut hadis, kubur merupakan satu daripada taman-taman syurga atau satu daripada lubang-lubang neraka.

Kita bila mati akan berada di salah satu tempat itu.

Oleh itu setiap malam sebelum tidur mesti baca surah al-Mulk ini untuk membebaskan diri daripada azab kubur. Bahkan nabi ingin sangat-sangat umatnya menghafal surah ini.

MESTI BACA, JANGAN TIDAK BACA DAN BACA MULAI MALAM INI HINGGA KE AKHIR HAYAT.

KULIAH YT



No comments:

Post a Comment