Ketika berada di Mahsyar, semua orang, Islam
dan kafir dapat melihat neraka Jahannam.
Firman Allah Ta’ala:
“Ketika mana hari itu kami datangkan kepada
mereka semua neraka Jahannam.”
Kita semua akan melihat neraka Jahannam di
padang mahsyar. Padang Mahsyar satu tanah yang luas,
rata dan tidak ada bukit bukau, tidak ada lembah, tidak ada sungai, tidak ada
pokok dan lain-lain. Di hujung sana ada titian
syirat dan di bawahnya neraka jahannam dan api itu menjeler-jeler lidah dan
tengkaknya keluar.
Nabi kata neraka Jahannam itu mempunyai mata dan suaranya tersendiri. Apabila dia
memanjangkan lehernya keluar dia akan memanggil:
“Mana dia pengikut-pengikut ku, mana dia yang
akan dibakar di dalam ku.”
Suara neraka Jahannam akan didengar
oleh seluruh penduduk mahsyar.
“Aku dikhususkan untuk tiga kumpulan”
1. Mereka yang bertakabbur di atas muka bumi.
Mereka yang ego dengan kedudukannya menghina orang. Sifat takabbur itu hanya
untuk Allah semata-mata.
2. Mereka mensyirikkan Allah SWT.
3. Orang yang membuat berhala.
Apabila neraka Jahannam itu memanjangkan lehernya keluar, semua manusia termasuk para
nabi dan rasul terjatuh di atas lutut masing-masing kerana terkejut melihat api
yang memarak.
Allah berfirman:
“Apabila neraka Jahannam memanjangkan
lehernya, semua terduduk di atas lutut masing dan masa itu semua ingat dosa
yang dibuat atas dunia.”
Masa itu semua ingat dosa yang
dilakukan. Satu, satu datang dalam ingatannya. Teringat sajalah, tidak ada guna
kerana tidak dapat membuat apa-apa lagi. Bahkan ingatan itu menambah beban dan
menambah sedih masa itu.
“Inilah neraka Jahannam yang kamu dengar di
atas dunia dulu.”
Orang-orang yang tidak sempat bertaubat,
orang-orang kafir, orang fasik dan orang munafik
meminta kepada Allah supaya dikembalikan ke dunia untuk melakukan amal solih.
Mereka minta nyawa baru dan kehidupan baru sekejab sahaja untuk membuat ibadat
kepada Allah.
Jadi kita yang masih hidup di dunia ini
buatlah ibadat sebanyak mungkin sebagai bekalan di akhirat nanti.
Selepas ditimbang mereka ini diheret oleh
malaikat ke dalam neraka. Sifat malaikat yang menjaga
neraka tidak sekali-kali mengingkari arahan Allah. Mereka sangat taat kepada
Allah. Malaikat Zabaniah yang diketuai oleh Malik akan melakukan apa sahaja
yang Allah suruh.
Allah sebut dalam Quran bagaimana keadaan
mereka diheret ke dalam neraka. Mereka ditarik dan
diheret dengan muka di atas tanah secara beramai-ramai.
Apabila neraka itu keluar lehernya api neraka
itu merecik.
“Sesungguhnya ia melontarkan
percikan-percikannya yang setiap satu percekikan itu ialah sebesar istana.”
Sahabat bertanya:
“Ya Rasulullah sebesar Istana?”
Nabi menjawab:
“Ya, bahkan seperti sebesar bandar.”
Itu baru percikan. Bila melihat percikan itu
orang-orang berdosa dan tidak sempat bertaubat, orang-orang fasik, orang-orang
kafir dan orang-orang munafik ketika itu berdoa kepada Allah Untuk balik ke
dunia semula dan ada juga berdoa supaya jadi debu dan tanah.
Mengapa mereka berdoa supaya jadi debu dan
tanah?
Kerana mereka melihat binatang-binatang
selepas diadili (lihat surah 81: at-Takwir) binatang-binatang itu dijadikan
debu dan tanah.
Neraka itu gaung, selepas keluar
memanjang lehernya dia masuk semula ke dalam gaung. Bila dia keluar kedengaran
bunyinya. Ketika dia masuk balik mereka yang kafir, fasik dan munafik berdoa
kepada Allah untuk balik ke dunia sebentar atau minta dijadikan debu dan tanah.
Rasulullah SAW memberitahu saiz tubuh badan
ahli neraka ahli syurga diubah oleh Allah SWT.
Di dalam syurga semuanya tidak ada bulu di
muka dan berumur 33 tahun. Tinggi mereka 60 hasta (Lebih kurang bangunan 6 tingkat)
mengikut saiz nabi Adam AS.
Tubuh badan ahli neraka mengikut ulamak
dibesarkan dan lebih besar daripada tubuh badan ahli syurga.
Dalam satu hadis sahih nabi kata satu gigi ahli neraka adalah sebesar bukit Uhud. Jika
gigi sebesar bukit Uhud bayangkan betapa besar tubuh badannya. Ini bertujuan
menambah kesakitan di dalam neraka.
Nabi menyebut kepada sahabat supaya melakukan
persiapan di dunia ini untuk menjauhkan daripada kesukaran dan azab itu.
“Wahai saudara-saudara ku sekalian kerana
keperitan dan kesukaran ini lakukanlah persiapan” kata nabi SAW.
Disebut dalam hadis wajah dan tubuh
badan malaikat Zabaniah hitam dan mata mereka merah. Rupa paras itu sangat
menggerunkan.
Tuhan sebut dalam surah at-Tahrim ayat 6:
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang
bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan
dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak
menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan
mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”
Ayat ini menunjukkan satu malaikat khas
dicipta oleh Allah untuk menguruskan penduduk neraka, perangai mereka adalah
bengis dan mereka sekali-kali tidak menderhakakan Allah.
Nabi kata waktu Allah cipta neraka dengan
tujuh tingkat atau mungkin serata, iaitu sebelah menyebelah. Mula-mula apinya merah selama seribu (1,000) tahun, bakar
lagi selama seribu (1,000) tahun menjadi putih, kemudian dibakar lagi seribu
(1,000) tahun menjadi hitam.
Oleh itu neraka menjadi gelap gelita, yang
dengar hanya bunyi bakaran dan suara jeritan sahaja. Neraka sekarang ini sudah
ada, sudah siap sedia tetapi penghuninya belum ada.
Masa nabi SAW israk dan mikraj nabi tengak
neraka. Itulah gambaran awal yang ditunjukkan kepada nabi SAW.
Paling ramai masuk neraka ialah orang
perempuan. Nabi kata nisbah penghuni neraka ialah 6 perempuan dan empat lelaki.
Orang perempuan masuk neraka kerana dua sebab
yang paling besar.
1. Menderhaka kepada suami
2. Tidak menutup aurat dengan sempurna.
Jika jaga dua sebab itu insya Allah nikmat
syurga.
Api neraka sekarang berwarna hitam. Tidak ada
pembakaran lagi kerana sudah selesai dan siap sedia untuk menerima penghuninya.
Ada orang selepas ditimbang dia pun berjalan
di atas titian syirat. Seawal dia melangkah kakinya dia terus terhumban dalam
neraka.
Nabi kata untuk sampai ke lantai neraka
(bawah sekali) mengambil masa tujuh puluh (70) tahun. Tuhan kata api neraka
tersangat pedih dan tidak boleh digambarkan oleh kita. Melayang-layang
selama tujuh puluh tahun. Sambil melayang sambil terbakar.
Kepanasan api neraka kata nabi SAW ialah tujuh puluh (70) kali kepanasan api dunia. Api di atas
dunia jika dibakar orang lima minit menjadi hitam legam. Bayangkan kepanasan
api neraka 70 kali ganda.
Tuhan menyebut dalam Quran:
“Setiap kali kulit mereka hancur dan masak,
kami akan ganti dengan kulit baru untuk mereka merasakan kesakitan itu semula.”
Betapa azabnya neraka tetapi tidak ada mati
lagi.
Firman Allah Ta’ala:
“Penghuni neraka itu tidak mati dan tidak
hidup.”
Neraka dicerita dengan detil dalam Quran dan
dalam hadis-hadis nabi SAW.
Quran menyebut satu hari di akhirat
bersamaan seribu tahun di dunia. Ini bererti jika seseorang itu masuk neraka 10
hari bersamaan 10,000 tahun kehidupan di dunia.
Bagaimana pula jika orang itu mati dalam
su’ulkhatimah?
Mati dalam keadaan syirik dengan
Allah, mereka ini akan duduk dalam neraka sampai bila-bila atau selama-lamanya.
Waliyazubillah.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment