Perbincangan
tentang kiamat adalah perbincangan yang penting kerana kehidupan di akhirat
kekal selama-lamanya. Rasulullah berkata orang yang paling cerdik ialah orang
yang setiap hari muhasabah dirinya. Setiap hari bila bangun dan sebelum tidur
mereka memikirkan apa yang mereka telah lakukan untuk Allah dan untuk Islam.
Ini membuat kita pergi ke satu tempat bernama syurga atau ke satu tempat
bernama neraka.
Bila semua orang beriman
dimatikan Allah mengarahkan malaikat Israfil untuk meniupkan sangkakala.
Firman Allah Ta’ala surah Az-Zazalah
(surah 99) ayat 1-6:
( 1 )
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
( 2 )
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
( 3 )
Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi
kepada bumi?"
( 4 )
Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
( 5 )
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
( 6 )
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk
diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
Apabila ditiup sangkakala yang
pertama seluruh makhluk mati, termasuk para malaikat. Ada pendapat yang
mengecualikan beberapa malaikat.
Firman Allah
Ta’ala:
“Apa sahaja
yang bernyawa di langit dan di bumi akan mati kecuali yang dikendaki oleh Allah”
Waktu itu
alam ini kembali kepada keadaan asal. Alam ini milik Allah dan Allah yang
berkuasa. Kemudian Allah hidupkan malaikat Israfil. Israfil bangun dan memegang
trompet lalu meniup sangkakala kali kedua.
Bila ditiup sangkakala yang kedua
seluruh makhluk yang bernyawa dihidupkan semula. Mudahnya Allah mengurus alam
ini. Dengan dua huruf sahaja iaitu KUN FAYAKUN. Seluruh makhluk termasuk
binatang dan jin dihidupkan semula nabi kata bangun dengan rupa paras yang ada
di atas dunia.
Ini bermakna di padang Mahsyar
ini kita akan kenal kawan-kawan kita yang ada di atas dunia dahulu.
“Tidak ada makhluk
yang menegar makhluk sebelahnya kerana fikiran terlalu takut nasib
masing-masing.”
Masing-masing
risau apa yang akan berlaku ke atas mereka.
Bumi Mahsyar
rata, tidak ada jalan, tidak ada pokok, tidak ada bukit, tidak ada sungai dan
tidak ada laut. Bumi atau padang Mahsyar padat dengan manusia, jin dan semua
jenis binatang.
“Bumi diubah menjadi bentuk lain,
tiada langit.”
Bayangkan manusia seluruhnya
dari zaman nabi Adam AS sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini
dibangkitkan dalam keadaan bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.
Ditambah dengan binatang
dan jin lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari tu.
Jarak antara
tiupan sangkala yang pertama dengan yang kedua kata Rasulullah SAW ialah 40
tahun. Dalam masa 40 tahun itu semua yang bernyawa mati.
Dalam masa 40 tahun itu tuhan
kata:
“Kami menggulung langit seperti
digulung dan dilipat lembaran-lembaran buku, sebagaimana bumi hendak dikembalikan
dulu.”
Ulamak kata langit digulung satu
persatu. Allah menggulung langit pertama, kemudian langit kedua dan seterusnya.
Bila semua manusia bangun selepas
tiupan sangkakala kedua orang kafir berkata:
“Siapa yang bangunkan kita.”
Orang mukmin akan berkata:
“Inilah yang dijanjikan oleh
Allah sebagaimana yang diberi oleh nabi SAW.”
Apabila kita
bangun daripada kubur Allah menyebut dalam Quran bukan bangun perlahan-lahan
tetapi tergesa-gesa bangun.
“Tiba-tiba mereka tergesa-gesa
bangun.”
Terkejut dengan tiupan sangkakala
semua makhluk yang mati itu bangun melompat sambil melihat ke kanan dan ke
kiri.
Firman Allah Ta’ala surah
Yasin ayat 52-54:
( 52 )
(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula
berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur
tempat tidur kami?, (Lalu dikatakan kepada mereka): " Inilah dia yang
telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang
disampaikan oleh Rasul-rasul!,
( 53 )
Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta merta
mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk
menerima balasan).
( 54 )
Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun,
dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah
kerjakan.
Manusia
bangun daripada dalam keadaan bertelanjang, tidak berkasut dan orang lelaki
tidak dikhatankan. Bagaimana manusia dilahirkan dalam keadaan tidak berbaju dan
tidak dikhatankan, begitulah keadaannya bila dibangkitkan semula pada hari
kiamat.
Bila mendengar hadis itu Ummirul
Mukminin Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW:
“Ya Rasulullah saya malu bila
masing-masing memandang antara satu sama lain.”
Jawab Rasulullah:
“Wahai
Aisyah di Padang Mahsyar nanti tiap-tiap orang sibuk dengan urusan sendiri, tiada
siapa pun akan pandang orang lain. Pada hari itu seseorang akan lari daripada
abang, adik dan kakaknya sendiri.”
Masing-masing kenal ibu-bapa,
anak isteri dan kawan-kawan. Tetapi bila berjumpa dengan ibu bapa dan juga
dengan anak isteri dia tengak begitu sahaja, tidak menegar sapa. Pada
masa itu mulalah keperitan dan azab akhirat. Semua orang risau termasuk
nabi-nabi dan rasul-rasul.
Semua
berjalan ke padang Mahsyar dalam keadaan yang senyap sunyi kerana Allah Ta’ala
murka.
Rasulullah
kata kita keluar kubur dalam keadaan dahaga dan lapar serta tanpa berpakaian.
Nabi kata siapa yang
rajin beri makan di atas bumi dulu kerana Allah, Allah mengenyangkannya ketika
berada di padang Mahsyar. Siapa yang beri minum kepada orang susah kerana
Allah, Allah menghilangkan dahaga di padang Mahsyar. Siapa yang memberi pakaian
kepada orang susah di dunia kerana Allah, dia bangun dalam keadaan berpakain
menuju ke Mahsyar.
Bila tiup sangkakala kedua Allah sebut dalam Quran surah az-zumar ayat
68-69:
( 68 )
Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah
makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang
dikehendaki Allah (terkemudian matinya); kemudian ditiup sangkakala sekali
lagi, maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan
masing-masing).
( 69 )
Dan akan bersinar terang-benderanglah bumi (hari akhirat) dengan cahaya
Tuhannya; dan akan diberikan Kitab suratan amal (untuk dibicarakan); dan akan
dibawa Nabi-nabi serta saksi-saksi; dan akan dihakimi di antara mereka dengan
adil, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.
Orang-orang kafir akan
melihat-lihat dan berkata hendak ke mana, siapa hendak membawa kita dan apa
akan terjadi kepada kita.
Seorang sahabat bertanya:
“Hendak pergi ke mana ya
Rasulullah”
Kata nabi SAW:
“Akan
keluar satu api daripada tempat yang bernama ‘adle, api itu akan mengheret dan
menghalau manusia pergi ke padang Mahsyar, mahkamah terbesar dunia dan setiap
orang akan diadili hanya oleh Allah SWT.”
Semua berjalan menuju ke padang
Mahsyar, manusia, jin dan binatang keseluruhannya.
Padang Mahsyar ialah nabi kata satu tanah luas mata memandang putih
warnanya dan rata. Warnanya seperti perak yang cair. Tidak sebarang tanda di padang
Mahsyar seperti bukit, pokok dan sebagainya.
Keadaan
Mahsyar tersangat padat sekadar cukup untuk meletak kedua kaki sahaja. Matahari
yang mendekati kepala manusia untuk membayangkan betapa panasnya di padang
Mahsyar bukan untuk mengeluarkan sinaran cahaya kerana suasana di akhirat
semuanya gelap. Di Mahsyar dan titian Syirat semuanya gelap gelita.
Matahari
tidak membakar tetapi memanaskan sahaja. Oleh itu ada orang peluhnya sampai ke
kaki, sampai ke lutut, sampai ke pusat, ada sampai ke mulut dan ada orang yang
berenang dalam puluhnya.
Tuhan kata bumi di akhirat akan
diterangkan dengan cahaya tuhan-Mu. Bagaiman wallahu ‘alam. Umat nabi akan dikenali oleh Rasulullah SAW
melalui kesan-kesan wuduk yang menjadi cahaya ketika berdiri di padang Mahsyar.
Anggota wuduk: muka, tangan, kaki dan kepala bercahaya.
Masing-masing berjalan menuju ke
Mahsyar termasuklah jin dan binatang. Binatang-binatang termasuk binatang buas
pun tidak mengganggu manusia. Nabi kata binatang berjalan menuju ke Mahsyar
dalam keadaan menundukkan pandangannya kerana hari itu ialah hari kemurkaan
Allah SWT. Nabi SAW kata tidak pernah Allah marah sebelum itu dan selepas itu.
Binatang
yang tidak berdosa tunduk apatah lagi manusia yang berdosa. Ada orang berjalan kaki, ada
orang naik kenderaan. Ada orang satu kenderaan dinaiki dua orang dan ada tiga
orang. Binatang-binatang tunggangan ialah binatang yang buat hari raya Kurban.
Orang
meninggal dalam keadaan Husnul Khatimah malaikat Rakid dan Atid akan menunggu
dan membawa dia pergi.
Ada juga
orang yang diheret oleh malaikat dengan keadaan mukanya di bawah. Ini adalah
golongan yang lawan Islam, nama Islam tetapi perosak Islam.
Saidaina Anas bin Malik sedang
menuang air ke atas nabi SAW. Nabi melihat ke atas dan dapati Anas sedang
menangis dan air matanya jatuh ke atas nabi.
Nabi berkata apa kena dengan
kamu. Anas berkata ya Rasulullah daripada Isya sampai Subuh dia tidak boleh
tidur kerana teringat kegerunan hari kiamat dan padang Mahsyar.
Lalu nabi SAW berkata:
“Wahai
Anas ada tiga tempat kamu dan semua umat dapat melihat aku. Pertama ketika
diberikan buku amalan masing-masing, kedua ketika ditimbang amalan seorang demi
seorang dan akhir sekali aku akan tunggu di hujung Syirat.”
Kemudian
manusia bergerak ke padang Mahsyar untuk dihisab amalan masing-masing.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment