Dalam al-Quran Allah sebut dalam
banyak ayat menceritkan kelebihan nabi Muhamad SAW.
Contoh:
“Sesungguhnya kami di atas akhlak
yang tinggi”
“Sesungguhnya telah datang kepada
kamu seorang rasul.”
Apa keistimewaan yang ada pada
nabi SAW.
1. Dari sudut nama
baginda SAW. Nama Muhamad itu Allah SWT simpan khas untuk nabi kita SAW.
Sebelum kelahiran nabi Muhamad SAW tidak ada manusia atas muka bumi ini yang
memakai nama Muhamad.
Sesungguhnya Allah SWT
menciptakan arasy, arasy itu bergegar dan bila dicatat
di kaki arasy tersebut LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADAN RASULULLAH baharulah arash
berhenti bergegar.
Ketika nabi Adam melakukan
kesilapan memakan buah khuldi, nabi Adam AS bertawassul kepada nabi SAW.
Lalu Allah SWT bertanya kepada
nabi Adam AS:
“Bagaimana kamu boleh kenal Muhamad,
sedangkan Aku tidak cipta lagi dia”
Jawab nabi Adam AS:
“Ketika Kamu ciptakan
aku ya Allah aku angkat kepala dan aku melihat pada kaki arasy tercatat LAILAHA
ILLALLAH MUHAMMADAN RASULULLAH. Ya Allah Engkau tidak akan menggandingkan nama
Engkau dengan nama satu-satu makhluk melainkan makhluk itu yang paling mulia
sekali.”
Allah SWT menyebut kepada nabi
Adam AS:
“Wahai Adam kalau bukan
dengan sebab Muhamad Aku tidak buat neraka dan Aku tidak cipta syurga dan Aku
tidak buat manusia.”
Disebut dalam kitab-kitab Rome
dan Farsi dua kuasa dunia masa itu selalu berperang. Setiap kali berperang
Farsi yang menyembah api selalu menang. Lalu orang Rome
yang beragama Kristian membuka kitab Injil masing-masing dan meletak jari
mereka pada nama Ahmad dan berdoa
Esok bila berperang
tuhan memberi kemenangan kepada Kerajaan Rome.
2. Allah mewajibkan setiap orang
mesti sayang kepada nabi Muhamad secara melampau.
Firman Allah Ta’ala surah
at-Taubah ayat 24:
“Katakanlah (wahai Muhammad):
"Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan
isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda
yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah
tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara
yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad
untuk ugama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab
seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang
fasik (derhaka).”
Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak sempurnakan iman
seseorang manusia sehingga aku kamu sayang lebih daripada anak kamu sendiri,
lebih daripada ibu bap kamu dan manusia seluruhnya.”
Dalam kitab-kitab ada
menyebut Rasulullah lahir dalam keadaan bersunat, tali pusat putus dan jari
telunjuk menegak. Ada riwayat menyatakan ibunya Siti Aminah tidak mempunyai
darah nifas ketika melahirkan anak. Ini bermakna baginda tidak keluar bersama
darah kotor.
Jadi nabi Muhamad SAW
seorang yang istimewa. Nama istimewa dan keadaan lahir pun istimewa. Allah
menyuruh hambanya menghormati dan menyayangi nabi Muhamad SAW lebih daripada
lain-lain.
3. Keluarga baginda SAW
adalah satu keturunan atas muka bumi ini yang tidak menyembah berhala
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya anak
daripada nabi Ismail itu Allah memilih satu jalur bernama kinanah dan Allah
sucikan jalur itu.”
Ini bermaksud Allah
tidak menjadikan keturunan itu orang-orang yang menyembah berhala.
“Daripada kinanah Allah
memilih satu jalur pula dinamakan Qurais dan daripada suku Qurais Allah memilih
satu jalur namanya Bani Hashim. Dan Allah sucikan aku daripada Bani Hashim.”
Ini bermakna di kalangan
keturunan Rasulullah SAW tidak ada seorang pun menyembah berhala kerana Allah
sucikan keturunan tersebut. Ayahnya Abdullah, tokkinya dan seterusnya hingga ke
atas tidak ada seorang pun menyembah berhala.
Ada orang kata emak dan ayah nabi
dalam neraka. Mereka menggunakan dalil nabi jawab kepada orang bertanya
baginda:
“Ayah aku dan ayah kamu dua-dua
dalam neraka.”
Itu satu kesilapan.
Ayah nabi SAW, Abdullah bukan
penghuni neraka. Hujahnya ialah:
1. Sudut bahasa.
Perkataan abi alam
bahasa Arab boleh dipakai untuk ayah kandung dan boleh dipakai untuk bapak
saudara. Ayah kandung dipanggil walid. Tetapi bapa saudara dipanggil abi.
Ulamak mentakwil
perkataan abi yang nabi maksudkan itu ialah Abu Lahab, bapa saudara nabi SAW.
Bahkan ada ulamak mengatakan
keturunan Rasulullah hingga nabi Adam tidak ada seorang pun yang menyembah
berhala. Orang mungkin berhujjah pendapat ini bertentangan dengan apa yang
disebut dalam Quran. Quran menyebut ayah nabi Ibrahim AS bekerja sebagai
pengukir dan menjual patung berhala yang akhirnya nabi Ibrahim AS melepas diri
daripada ayahnya.
Jika dibuka kitab
tafsir, ayah nabi Ibrim sebenar bernama Tarih atau Tarah bukannya Azal. Azal
itu siapa?
WAIZQALA IBRAHIMULI ABI
Perkataan Abi dalam bahasa Arab
boleh digunakan kepada ayah kandung dan juga kepada bapa saudara. Ulamak mengatakan Azal itu bapa saudara nabi Ibrahim AS,
bukan ayah kandungnya.
2. Ayat Quran
Firman Allah Ta’ala:
“Tidak kami seksa
satu-satu kaum melainkan kami utuskan rasul.”
Ini bermakna sebelum dihantar
rasul orang itu tidak diseksa kerana tidak sampai seru atau dakwah.
Bila dihantar rasul, mereka
ingkar baharulah diseksa dalam neraka. Jarak masa antara nabi Isa AS dan nabi
Muhamad SAW lebih kurang 600 tahun. Dan dalam tempoh itu tidak ada nabi dan
rasul diutuskan. Mereka yang hidup dalam tempoh itu dipanggil ahli fitrah. Oleh itu ibu dan
ayah nabi SAW ahli fitrah.
4. Tubuh badan Rasulullah SAW.
Istimewanya Allah SWT
jadikan tubuh badan Rasulullah tidak ada satu pun yang sama dengan manusia
biasa. Walaupun
baginda seorang manusia tetapi tidak serupa dengan manusia biasa.
Baginda menyebut dalam sebuah
hadis:
“Aku tidak serupa
dengan kamu walaupun aku manusia.”
Oleh itu kita kena sayang kepada
Rasulullah SAW.
Ulamak pernah membuat sya’ir:
Kelebihan yang ada pada
Rasulullah tiada sempadan
Kalau cerita pun tidak mencapai
lebel, tidak habis.
Rambut manusia biasa
selepas 60 atau 70 tahun rosak. Tetapi rambut Rasulullah sehingga sekarang
masih elok lagi.
Rasulullah bila
berjalan di padang pasir bersama sahabat bayang tubuhnya jatuh di hadapan
tetapi bayang tubuh para sahabat di belakang.
Sabda Rasulullah SAW:
“Kamu para sahabat
jangan rukuk dan jangan sujud awal daripada aku, sesungguhnya aku nampak kamu
daripada belakang aku sebagaimana aku melihat kamu di depan aku.”
Hadis ini nabi berpesan kepada
para sahabat masa sembahyang supaya tidak rukuk dan sujud dulu daripadanya
kerana baginda dapat melihat walaupun di belakang.
Wajah nabi SAW pun
istimewa. Saidina Ali kata siapa yang tengak nabi SAW kali pertama berasa
gerun. Mengikut satu riwayat seorang perempuan tua melihat nabi daripada
belakang pun gerun. Sahabat pun tengak Rasulullah gerun.
Para sahabat yang duduk bersama
nabi SAW makin hari makin sayang, bukannya makin hari makin jemu. Ada seorang
sahabat bernama Abdullah bin Zaid yang dapat mimpi, ketika sedang mengait buah
tamar tiba-tiba lalu seorang lelaki memberitahu Rasulullah telah wafat. Dia
lepas galah lalu mengangkat tangan berdoa:
“Ya Allah Engkau
tariklah penglihatan aku ini kerana aku tidak mahu melihat selain daripada
Rasulullah SAW.”
Dia menyapu mukanya lalu matanya
buta. Ini menunjukkan kasihnya sahabat terhadap Rasulullah SAW.
Sahabat bernama Sauban
yang pernah menjadi hamba Rasulullah SAW. Selepas dimerdekakan dia pindah ke
tempat lain. Setahun kemudian datang semula berjumpa Rasulullah dengan keadaan
kurus kering.
Nabi tanya sama ada dia sakit.
Dia jawab dia tidak sakit. Rupa-rupanya selama setahun
berpisah dengan Rasulullah dia fikir satu sahaja. Bila mati, Rasululla masuk
syurga Firdaus dan dia masuk syurga kelas bawah. Jadi tidak ada nilai kerana
berpisah dengan Rasulullah.
Ketiak baginda tidak
sama dengan manusia biasa. Ketiak Rasulullah tiada bulu, wangi dan putih.
Seorang sahabat menceritakan malam peperangan Badar Rasulullah mengangkat kedua
tangan tinggi berdoa sehingga nampak putih ketiaknya.
Tapak tangan baginda juga
berbeza. Baginda SAW membuat kerja, baginda ketua negara, baginda ketua
peperangan, baginda ketua dalam misi dakwah dan baginda ketua orang-orang sufi.
Jadi dengan mudah kita faham tapak tangan orang bekerja kasat. Tetapi dalam
satu hadis seorang sahabat mengatakan:
“Aku tidak pernah
sentuh satu benda yang lebih lembut daripada kain sutra melainkan tapak tangan
Rasulillah SAW.”
Maksud hadis ialah benda yang
paling lembut sekali ialah tapak tangan Rasulillah SAW.
Dada Rasulillah SAW
dengan perutnya satu lebel. Nabi SAW tidak berperut buncit. Semua nabi tidak
berperut buncit.
Badan Rasulullah SAW tidak sama
dengan badan kita.
Satu malam Aisyah
sedang menjahit baju di dalam bilik rumahnya. Tiba-tiba pelita yang diguna itu
padam. Pada masa yang sama jarum yang dipegang itu jatuh. Aisyah meraba-raba
tangannya untuk mencari balik jarum itu. Tetapi tidak berjumpa dan pada saat
itu Rasulullah SAW masuk dalam bilik. Masuk sahaja dalam bilik badan baginda
SAW bercahaya sehingga Aisyah nampak jarum di atas lantai.
Aisyah ambil jarum itu
dan sambung jahit.
Kemudian nabi bersabda:
“Celakalah wahai Aisyah siapa
yang tidak nampak aku hari kiamat, Celakalah wahai Aisyah siapa yang tidak
nampak aku hari kiamat, Celakalah wahai Aisyah siapa yang tidak nampak aku hari
kiamat.”
Aisyah bertanya:
“Adakah orang tidak nampak kamu
hari kiamat?”
Jawab nabi SAW:
“Ada! Orang apabila nama aku
disebut di sisinya dia tidak selawat pun kepada kau.”
Beginda pernah berbekam. Selesai
berbekam baginda memberi darah tersebut kepada Abdullah bin Zubir. Abdullah bin
Zubir ialah cucu Saidina Abu Bakar. Abdullah bin Zubir waktu lahirnya semua
orang angkat dia sambil bertakbir ALAHU AKBAR, ALAHU AKBAR. Ini kerana waktu
para sahabat tiba di Madinah puak-puak Yahudi yang menjadi dukun bersumpah:
“Kamu ini puak
muhajirin sampai di kota Madinah ini seorang pun tidak dapat melahirkan anak, putus
keturunan.”
Bila Abdullah bin Zubir
lahir merupakan anak pertama lahir, para sahabat mengangkat Abdullah Zubir dan
berjalan keliling Madinah untuk menunjuk kepada puak-puak dukun Yahudi bahawa
sumpah mereka tidak jadi.
Abdullah bin Zubir bila menerima
darah berbekam daripada nabi lalu pergi ke satu tempat untuk membuangnya.
Dia memberitahu Rasulullah:
“Aku buang darah kamu
di satu tempat yang tidak siapa pun dapat jumpa cari. “
Rupanya Salman al-Farisi ikut
sekali berkata:
“Ya Rasulullah dia tipu.
Dia tidak buang darah tetapi dia minum darah kamu.”
Betullah kata-kata Abdullah bin
Zubir kerana bila masuk dalam perut siapa hendak jumpa lagi darah itu.
Lalu nabi sebut kepada Abdullah
bin Zubir:
“Tiada siapa yang akan
mencelakakan kamu wahai Abdullah bin Zubir.”
Dalam perang Uhud nabi SAW
terkena balingan batu lalu berdarah. Seorang sahabat menghisab darah nabi dan
menelannya.
Nabi bersabda:
“Barangsiapa darahnya
bercampur dengan darah aku maka dia tidak akan disambar oleh api neraka.”
Maknanya sahabat itu
tidak masuk neraka.
Pada suatu hari para sahabat
melihat nabi SAW melakukan qadar hajat di padang pasir. Nabi SAW membuang najis
di satu tempat. Para sahabat yang terlalu sayang kepada Rasulullah SAW hingga
ke najis pun mereka ingin tahu. Mereka pergi ke tempat
najis itu dibuang didapati tidak apa-apa pun. Apa yang ada ialah bau wangi.
Aisyah pernah berkata:
“Aku pernah masuk
tandas sebaik-baik sahaja selepas kamu keluar daripada tandas, aku dapati tidak
ada apa-apa kesan wahai Rasulullah melainkan bau kasturi.”
Baginda menyebut kepada para
sahabat:
“Kami nabi-nabi dan
rasul Allah perintah bumi menelan serta merta apa keluar daripada tubuh badan
kami.”
Terlalu banyak keistimewaan yang Allah
SWT beri kepada nabi SAW. Tidak habis hendak diceritakan.
Kita wajib menyayangi nabi SAW
lebih daripada anak isteri, lebih daripada harta benda dan lebih daripada
segala-galanya. Nabi Muhamad telah membawa Islam kepada
kita dan seterusnya melayakkan kita memasuki syurga Allah SWT.
Oleh yang demikian jika
ada orang yang memperlikehkan dan menghina nabi Muhamad SAW kitalah orang yang
duduk di barisan hadapan mempertahankan nabi SAW.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment