Saturday, December 31, 2016

PENDEKATAN MENEGAKKAN ISLAM



Matlamat perjuangan Islam yang dibawa oleh nabi-nabi dan rasul-rasul ialah berdakwah dan berpolitik. Tidak ada pemisahan antara dakwah dan politik. Mengajak manusia kepada Islam bukan secara paksaan dan memerintah dengan adil untuk semua.

Pendekatan dalam menegakkan Islam ada dua bahagian:                                                                                       

1. Thawabit.
Perkara yang tetap dan tidak berubah

2. Mutaghaiyirat
Perkara yang boleh berubah.

Perkara thawabit yang tidak berubah ialah aqidah perjuangan. Dasar perjuangan dan matlamat perjuangan tidak boleh berganjak sama sekali sehingga hari kiamat. Dengan konsep inilah nabi Muhamad SAW menolak pujukan bapa saudaranya, Abu Talib supaya berhenti daripada berdakwah.

Abu Talib orang yang paling disegani oleh nabi SAW kerana memeliharanya semenjak kecil. Pemimpin-pemimpin Qurais gagal membujuk nabi SAW supaya menerima harta, menerima takhta kekuasaan, menerima wanita yang cantik dan menerima segala habuan dunia dengan syarat nabi SAW berhenti daripada menjalankan kerja Islam. Islam dibenarkan tetapi untuk individu sahaja, bukan Islam sepenuhnya.

Setelah gagal membujuk nabi, pembesar-pembesar Qurais menemui Abu Talib supaya menasihat anak saudaranya berhenti bercakap tentang Islam.

Apa kata nabi SAW?

“Demi Allah wahai bapa saudara kesayangan ku, sekiranya diletakkan matahari di kanan ku dan bulan di kiri ku supaya aku meninggalkan urusan Islam yang diperintah oleh Allah atau aku mati kerananya aku tetap tidak akan berganjak.”

Ini adalah aqidah, dasar dan matlamat perjuangan nabi SAW. Di atas dasar inilah apabila dihalang di Mukatul Mukarramah nabi SAW berhijrah ke Madinah untuk menegakkan negara di Madinah. Di Almadinatul Munauwarah nabi SAW mengadakan perundingan, mengadakan tahaluh syiasi dengan masyarakat majmuk termasuk kalangan bukan Islam.

Kalangan bukan Islam terdiri daripada orang Yahudi Bani Kanukhat, Bani Nadhir, Bani Khuraizah, kaum musyrikin yang belum masuk Islam, gulungan munafikin dan sebahagiannya Kristian. Ini menjadikan bukan Islam majoriti.

Namun di dalam piagam Madinah, perjanjian yang dimeteraikan ditegaskan perkara dasar dengan nyata. Apa-apa perkara yang menjadi pertelingkahan di kalangan semua yang terlibat di dalam perjanjian piagam ini yang menimbulkan perbalahan hendaklah dirujukkan kepada al-Quranul Karim dan Muhamad SAW.

Ini dasar, aqidah yang tidak ada tolak ansur, tidak boleh diubah.

Perkara Mutaghaiyirat, perkara yang boleh diubah di antaranya hikmah, kebijaksanaan, menyusun, strategi dan pendekatan. Ini boleh diubah dari satu masa ke satu masa yang lain. Antaranya nabi Muhamad SAW mengambil semangat asabiah yang ada pada keluarganya.

Asabiah pada umumnya salah kerana mempertahankan keluarga. Ada kalangan keluarga Abdul Muttalib mempertahankan nabi di atas dasar asabiah. Sebahagian besar keluarga ini tidak masuk Islam. Namun kerana mempertahankan Islam maka nabi SAW menerima asabiah ini.

Tetapi jika ada kalangan bukan Islam yang minta supaya tanggalkan Islam maka tidak ada hubungan lagi.

Ketika hendak mula perang Badar, datang seorang musyrik untuk menolong nabi. Para sahabat bergembira kerana dia seorang pahlawan yang berani.

Nabi SAW bertanya dia Islam ke belum. Dia berkata belum lagi. Nabi berkata dia tidak perlu pertolongan orang musyrik.

Dia datang kali kedua menawarkan diri untuk menolong nabi. Nabi menolak kerana dia tidak masuk Islam.

Dia datang kali ketiga dan berkata dia telah masuk Islam baharulah nabi menerimanya.
 
Dalam kisah fathul Makkah bila nabi mendengar Bani Hawazin dan Syakib berkumpul di Hunin untuk menyerang, nabi SAW memanggil Hakim bin Izam, seorang pemimpin musyrikin Mekah.

Nabi berkata:

“Aku tahu kamu ada menyimpan senjata di rumah kamu.”

Dia terkejut kerana tidak siapa tahu tempat dia sembunyi senjata itu. Ini menandakan Muhamad ialah rasul. Lalu dia mengambil senjata itu dan menyerah kepada nabi SAW.

Dia berkata kepada nabi SAW:

“Ini pinjam atau rampas?”

Nabi berkata:
”Pinjam”

Dalam hadis ini nabi SAW mengambil bantuan orang musyrik tetapi dalam kisah Badar nabi SAW menolak pertolongan orang musyrik. Ini mutaghaiyirat, perkara yang boleh berubah dan kita faham dalam politik. Ada masa kita terima bantuan orang bukan Islam dan ada masa kita menolak pertolongan orang bukan Islam.

Orang yang mengetahui urusan ini ialah para ulamak yang mengatur strategi politik untuk dibincangkan dalam mesyuarat-mesyuarat.

Strategi dan pendekatan boleh berubah mengikut penyesuaian masa dan keadaan. Boleh digunakan cara keras atau lembut kerana pendekatan Islam ialah untuk menyelamatkan manusia seramai yang boleh.

Tahaluf syiasi boleh berubah mengikut keadaan kerana termasuk dalam perkara mutaghaiyirat.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment