Thursday, December 29, 2016

SU’UL KHATIMAH



Roh orang tidak beriman di saat kematian didatangi malaikat azab dengan rupa yang hitam dan wajah yang sangat bengis. Malaikat azab ini membawa bersama kain kafan daripada neraka yang baunya tersangat busuk. Busuk itu boleh menyeksa dan mematikan orang.

Bila malaikat hendak mencabut roh orang tidak beriman, rohnya akan lari berkeliaran. Lalu malaikat merentap roh itu keluar seperti menarik duri-duri yang banyak daripada bulu binatang yang basah. Oleh itu menyakiti mayat ketika dimandikan hukumnya haram kerana mayat itu sakit selepas dicabut nyawanya.

Roh ditarik keluar yang diletak kafan neraka dibawa naik ke langit. Bila sampai ke langit pertama malaikat yang menjaga langit pertama bertanya:

“Siapa?”

“Malaikat maut”. Jawap malaikat maut

“Hendak membuat apa?” Tanya malaikat penjaga langit pertama

“Hendak membawa roh ini” Jawap malaikat maut.

Malaikat penjaga langit pertama berkata dengan nada marah:

“Roh ini tidak layak melepasi langit pertama. Humbankan roh itu ke bawah.”
  
Badan si mati dimandi, dikafan, disembahyang dan dibawa ke kubur. Mengikut hadis sahih di alam barzakh roh dikembalikan kepada jasatnya.

Di dalam barzakh apabila roh dimasuk ke dalam jasad, maka malaikat mungkar dan nakir bertanya:

“Manrabbuka (Siapa tuhan kamu?)”

Nabi kata roh yang tidak beriman akan jawab:

“Hah, hah tidak tahu.”

“Siapa nabi kamu?”

Dia kata:

“Hah, hah tidak pernah dengar.”

Lalu dipukul oleh malaikat mungkar dan nakir. Betapa kuatnya pemukul itu nabi kata jika disentuh pada gunung maka hancur berkecailah gunung itu.

Bila dipukul maka hancurlah seluruh badan. Kemudian Allah jadi badan yang hancur pulih semula. Bila tidak dapat jawab soalan dipukul lagi dan dipulihkan semula. Begitulah seterusnya sehingga selesai pertanyaan dan jawapan serta pukulan.

Bila selesai tanah akan menghimpitnya dan keadaan menjadi gelap gelita dilubang neraka dan akan datanglah binatang-binatang bisa. Binatang ini ada yang membelit, menyengat dan mematuk sehinggalah hari kiamat.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment