Satu amalan yang diajar kepada
kita oleh Rasulullah SAW ialah memasukkan rasa seronok
bagi orang Islam.
Saidina Umar bertanya Rasulullah:
“Ya Rasulullah amalan apakah yang
paling afdal.”
Baginda menjawab:
“Engkau memasukkan rasa
seronok ke dalam hati seorang yang beriman.”
Contoh yang nabi sebut:
1. Engkau memberi makan kepada
orang
2. Engkau memberi pakaian untuk
menutup auratnya.
3. Engkau tunaikan hajatnya.
Balik daripada kuliah di masjid
sebagai contoh, anak ajak makan nasi ayam di kedai. Ayah walaupun letih bawa
juga anak bersama isteri pergi ke kedai. Ini menyeronokkan anak maka ayahnya
telah membuat satu amalan yang paling afdal dalam Islam.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment