Walau macam mana sibuk sekalipun
seorang suami kena ambil peduli hal rumah tangga dan anak-anak. Tidak boleh
serah bulat-bulat kepada isteri.
Sebagaimana yang dibincang dalam
kitab-kitab agama, ada lima perkara yang wajib disempurnakan oleh suami dengan
memakai DUIT SUAMI walaupun isteri bekerja.
1. Makan minum.
Sama ada makan di kedai atau
masak sendiri di rumah perbelanjaannya kena pakai duit suami.
2. Kena beri pakaian
isteri dua pasang setahun. Pakaian termasuk tudung kepala hinggalah kasut ditanggung oleh
duit suami.
3.Ubat-ubatan dan
rawatan ditanggung oleh suami
4. Alat-alat mandian –
shamfoo, ubat gigi, sabun dan lain-lain.
5. Tempat tinggal yang
selesa. Sama ada
rumah dibeli atau disewa mesti pakai duit suami. Segala perbelanjaan bil-bil
rumah termasuk Ashtro dan orang gaji ditanggung oleh suami.
Perbelanjaan itu
bergantung kepada kemampuan suami. Para suami tidak perlu risau memberi nafkah kepada isteri kerana
nabi bersabda:
“Sedekah yang paling
afdal ialah sedekah kepada anak isteri.”
Sedekah kepada anak isteri adalah
sedekah wajib. Ibadat wajib lebih afdal daripada ibadat sunat.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment