Thursday, December 22, 2016

TIDAK ADA HALANGAN MASUK SYURGA



Sabda Rasulullah SAW:

“Barang siapa membaca ayat kursi selepas tiap-tiap kali sembahyang fardu maka tidak ada apa halangan untuk masuk syurga kecuali mati.” Hadis sahih

Maksudnya mati sahaja yang menghalang daripada masuk syurga.

Ini adalah janji SAW.

Ayat Kursi surah al-Baqarah ayat 255 maksudnya:

( 255 )   Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepada-nya).
Luasnya Kursi Allah (ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya).

Jika diberi pilihan sama ada surah al-Fatihah atau ayat KURSI untuk dibaca selepas sembahyang fardu maka pilihlah ayat Kursi.

Ini pun mesti diamalkan kerana fadilatnya tersangat besar.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment