Kematian seseorang tidak siapa yang
tahu. Nabi sendiri pun tidak
mengetahui. Malaikat Maut sendiri pun tidak tahu. Itu berada dalam ilmu Allah
SWT sahaja.
Bilakah malaikat maut mengetahui kematian
seseorang?
Apabila sampai waktu baharulah Allah
memberitahu kepada malaikat Maut seseorang di tempat sekian, pada tarikh
sekian, pada minit dan saat sekian. Kemudian pasukan malaikat ini akan turun
bersama pasukannya dengan susuk tubuh dan wajah yang diarahkan oleh Allah SWT.
Pada masa malaikat hendak menarik
rohnya si fulan dapat melihat alam yang satu lagi.
Disebut dalam kitab-kitab aqidah, tempat
tinggal malaikat adalah langit. Begitulah malaikat Maut akan turun daripada
langit. Kata nabi SAW (hadis sahih) malaikat turun
dengan mukanya putih berseri-seri, seolah-olah pada muka-muka mereka itu ada
cahaya matahari.
Bagi roh orang mati dengan husnul khatimah
maka pasukan malaikat rahmat akan turun dan duduk dekat dengan kepala si
fulan. Wajah malaikat ketika itu putih
berseri-seri.
Seawal melihat wajah malaikat Maut
si fulan sudah mengatahui sama ada tempatnya di taman syurga tang selama ini
ditutup rapi oleh Allah SWT. Nabi kata
malaikat Maut akan duduk dekat dengan kepala.
Hidup yang paling penting ialah bagaimana
kita menghabiskan umur hidup. Jika 60 tahun beriman dengan
Allah dan banyak melakukan ibadat, tetapi dekat-dekat hendak mati dia melakukan
syirik terhadap Allah atau melakukan perkara-perkara yang bertentang dengan
aqidah maka segala ibadatnya dipadamkan oleh Allah SWT. Kekallah dia di dalam
neraka selama-lamanya.
Sebaliknya seseorang manusia yang
jauh daripada jalan Allah selama 60 tahun, tetapi minggu terakhir dia bertaubat
dan taubatnya diterima Allah bila dia mati dan dibangkit oleh Allah di padang
Mahsyar sebagaimana bayi yang baru dilahirkan.
Allah berkata “Ending
atau pengakhiran itu kasturi.”
Maksudnya di samping hendak menjaga
perjalanan hidup kita jaga elok-elok di hujung hayat kita. Oleh sebab itu nabi
SAW mengajar kita satu doa:
ALLAHUMMAKHTIMLI BIHUSNIL KHATIMAH
Ulang doa itu acap kali.
Apabila Malikilmaut turun dengan pasukan
rahmat dengan muka yang berseri-seri, waktu itu roh orang beriman sedang
menunggu untuk keluar daripada jasadnya dan mengadap Allah SWT. Bukankan orang
beriman atas dunia ini sentiasa merindui Allah dan merindui nabi SAW.
Roh orang beriman apabila melihat
malaikat Maut menghampiri dia, kata Rasulullah SAW roh akan keluar dengan
senangnya seperti air yang dicurah mengalir keluar daripada bekasnya kerana roh
itu merindui Allah.
Pernah atau tidak bila duduk seorang diri air
mata keluar kerana rindukan Allah dan Rasul-Nya. Hati yang mencitai Allah dan
Rasul-Nya maka hati yang dibawa dengan rohnya tidak sabar-sabar bila melihat
Malikilmaut datang dengan wajah yang berseri-seri dan kata nabi SAW datang
dengan membawa kafan daripada syurga serta wangi-wangian daripada syurga yang
baunya dapat dihidu oleh seluruh makhluk kecuali jin dan manusia.
Malikulmaut datang dengan senyum untuk
menarik roh orang beriman.
Malaikat berkata:
“Keluarlah mengadap pengampunan dan
keredhaan Allah.”
Maka roh itu pun mengalir keluar
dengan mudah sebagaimana air yang keluar daripada bekasnya.
Ketika roh hendak dikeluarkan
suasana di rumah mestilah berkeadaan tenang. Jangan duduk sibuk hendak memasak,
TV dan radio tidak perlu dibuka, elak daripada panggilan telefon dan
kanak-kanak dikawal supaya tidak berkeliaran dan membuat bising.
Roh itu akan dibawa oleh malaikat naik ke
langit. Tiba di langit pertama malaikat meminta izin dengan malaikat yang
menjaga langit pertama. Bila pintu dibuka bau kain kafan syurga dan
wangi-wangian syurga itu memenuhi seluruh penduduk langit yang pertama.
Lalu bercakap-cakaplah malaikat di langit
pertama:
“roh siapa yang wangi sangat ini. Roh ini
nama apa”
Lalu malaikat Maut menjawab roh Fulan bin
Fulan.
Begitulah keadaannya sehingga ke langit
ketujuh mengadap Allah SAW. Allah memuji roh itu dan Allah menyuruh letak buku
amalannya di satu tempat namanya ILLIYYIN. Illiyyin ialah satu tempat untuk diletakkan buku amalan
orang-orang yang beriman.
Sijjin pula ialah satu tempat meletak buku
amalan orang yang mati dalam keadaan Su’ul Khatimah. Kita hendaklah berusaha
dan berdoa kepada Allah supaya buku amalan kita disimpan di illiyyin.
Kemudian Allah berfirman supaya
dikembalikan roh itu ke alam barzakh. Di mana alam barzakh tidak diketahui. Tidak ada hadis menyebut
dengan tepat di mana alam barzakh.
Selepas dimandi, dikafan dan
disembahyangkan mayat akan dimasukkan ke dalam kubur. Malaikat akan datang untuk
bertanya soalan. Kekuatan amalan akan membantu si mati menjawab soalan-soalan
itu.
Nabi kata roh boleh mendengar tapak
kaki terakhir yang meninggalkan kubur itu. Sebelum turun malaikat orang yang
rajin membaca surah al-Mulk maka
surah ini menjadi teman kepadanya dalam kubur. Surah ini akan datang dalam
bentuk seorang manusia dengan wajah yang bercahaya. Ada pendapat lain
mengatakan yang datang itu ialah amalan si mati.
Amalan yang berupa manusia itu akan
memberitahu kepada roh supaya jangan takut kepada malaikat yang akan menyoal.
Bila malaikat tanya soalan amalan akan menolong si mati menjawab semua soalan.
Ulamak khilaf pendapat tentang berapa lama
soal jawab itu. Ada pendapat kata tempoh soal jawab itu satu hari, ada kata
seminggu dan yang kata bertahun-tahun lamanya. Kedua-dua malaikat itu akan
tinggal terus bila selesai tempoh pertanyaan.
Roh tinggal di dalam kubur dengan
mendapat nikmat. Kubur diluaskan, ditunjukkan lorong ke syurga, ada cahaya dan
dapat berjumpa dengan semua roh yang baik yang telah berhijrah ke alam
barzakh.
Nabi kata roh-roh itu boleh
bercakap-cakap, roh yang lama bertanya khabar dengan roh yang baru tiba.
Ulamak-ulamak di kalangan roh itu berkata:
“Kasihan, biarkan dia kerana dia letih.”
Roh orang mati dalam Husnul
Khatimah akan berjumpa antara satu sama lain. Ini dibahas dalam kitab-kitab
aqidah.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment