Jika ada permohonan sumbangan membina masjid
di mana-mana sekali pun kita harap berebut-rebutlah memberi sumbangan. Banyak
atau sedikit jangan kira, yang penting beri sumbangan.
Nabi menyebut dalam satu hadis:
“Siapa yang membangunkan masjid sekadar
sebesar sangkar burung kerana Allah maka Allah bangunkan untuknya sebuah mahligai dalam syurga.”
Sangkar burung boleh ditafsirkan tanah
sebesar sangkar burung, batu atau pasir sekadar cukup untuk membina sebesar
sangkar burung atau wang yang diderma sekadar sama nilai dengan sangkar burung.
Perkara kecil sahaja tetapi
ganjarannya cukup besar. Jadi kita minta sama-samalah rebut peluang ini.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment