Al-Quran mengajar kepada kita
bahawa dalam kehidupan manusia ada perkara asas atau perkara dasar yang kita
tidak boleh bertelingkah dan tidak boleh bertolak ansur. Kita boleh
bertelingkah hanya dalam perkara cabang, perkara yang tidak ada nas.
Kita mesti bertegas dalam perkara
dasar dan boleh bertolak ansur dalam perkara cabang. Dalam sejarah Islam
semenjak zaman nabi SAW berlaku perbezaan pendapat dan dapat ditangani dengan
petunjuk al-Quranul Karim
Firman Allah Ta’ala:
“Jika sekiranya kamu
bertelingkah dalam sesuatu perkara maka kembalilah kepada Allah dan rasul,
itulah sebaik-baik penyelesaian sekiranya kamu benar-benar beriman kepada Allah
dan hari akhirat.”
Itu dalam perkara yang ada nas.
Dalam perkara yang tidak ada nas bagaimana kita hendak rujuk jika ada
pertelingkahan.
Nabi menyebut:
“Barangsiapa yang
memberi satu pendapat dengan bersungguh dan pendapatnya betul dia mendapat dua
pahala. Barangsiapa yang memberi satu pendapat dengan bersungguh dan
pendapatnya salah dapat satu pahala.”
Jadi dua-dua mendapat pahala. Di
sinilah ulamak-ulamak mazhab bertelingkah tetapi tidak berlaku perpecahan dalam
umat.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment