AHMAD DAWJEE JUTAWAN INDIA MUSLIM YANG MEWAKAFKAN 1.2 EKAR TANAH
DI JALAN PERAK, JUTAAN LOT SAHAM DI BURSA SAHAM LONDON TETAPI MATI DALAM FLAT
KECIL DI JALAN MASJID INDIA
Pernahkah kita dengar
cerita tentang Ahmad Dawjee Dadabhoy? Beliau merupakan seorang jutawan Malaysia
berketurunan India Muslim. Di akhir hayatnya beliau mewakafkan hampir
keseluruhan hartanya berupa sebidang tanah yang luasnya sekitar 1.2 ekar di
Jalan Perak dan juga lot lot saham bernilai jutaan dolar di Bursa Saham London
dan beberapa bursa saham lain.
Tanah beliau di Jalan
Perak, Kuala Lumpur dibangunkan sebuah menara wakaf 34 tingkat yang hari ini
dikenali sebagai Menara Wakaf Bank Islam. Bangunan yang dibina dengan modal
dikeluarkan Tabung Haji itu pada tahun 2007 dengan kos RM151 juta.
Hari ini disewakan
sebagai pejabat Kelas A di kawasan segitiga emas yang kedudukannya tidak jauh
dari KLCC.
Diberitakan Majlis Agama
Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai pemegang amanah harta wakaf Ahmad
Dawjee Dadabhoy ini akan menerima RM56.6 juta hasil sewaan bangunan ini selama
25 tahun.
Dihari kematian beliau
pada 24 Januari 1987, beliau meninggal di sebuah rumah flat kecil di Jalan
Masjid India di kelilingi oleh buku-buku bacaan beliau. Tidak ada harta lain
lagi bersama beliau melainkan sedikit itulah.
Selebihnya sudah
diwakafkan keseluruhannya untuk ummah. Pernah keluarganya datang dari Afrika
Selatan ke Malaysia. Apabila dibawa melawat tanah tanah wakaf beliau di kawasan
segitiga emas Kuala Lumpur, mereka menitiskan air mata melihat betapa tingginya
nilai hartanah tersebut dan tingginya ketaqwaan saudara mereka Ahmad Dawjee
yang mewakafkan hartanya itu kepada ummah.
Inilah tauladan kepada
kita di zaman ini sebagaimana yang kerap kita dengar kisah sahabat sahabat Nabi
SAW yang meninggal dunia tanpa harta kerana mewakafkan harta mereka sebelum
meninggal dunia walaupun ketika hidupnya kaya raya.
Ia juga petunjuk kepada
kita bahawa agama menggalakkan kita mencari harta dan mengembangkan harta.
Tetapi perlu diingat harta kekayaan itu bukanlah milik mutlak kita. Perlu
dikongsikan dengan ummah berupa zakat, sedekah dan wakaf.
Di hari kematian
kita, tinggal di alam barzakh, pahala sedekah itu akan terus menerus berjalan.
Kemudian dibangkitkan di akhirat kelak menjadi lebih kaya untuk tempoh yang
tiada penghujungnya disebabkan ketinggian taqwa kita kepada Allah atas harta
yang kita infakkan.
Kisah Ahmad Dawjee
Dadabhoy ini diceritakan oleh Ustaz Mohd Ramadhan Fitri Elias (Senior Vice
President Maybank Islamic/ Ketua Jabatan Pengurusan Syariah Maybank Islamic
Malaysia) dalam pembentangannya di Konvensyen Pejuang Hartanah di Cyberjaya
semalam. InsyaAllah saya cuba catatkan isi isi penting pembentangan beliau
bertajuk 'Islam dan Harta Membentuk Kehidupan Taiyyibah' dan juga isi isi
pembentangan speaker yang lain berkait hartanah.
No comments:
Post a Comment