Dalam perjalanan ke Tabut Abu Zar
menaiki keldai tua. Keldai berjalan lambat dan kerap kali jatuh menyebab dia
tertinggal di belakang.
Para sahabat memberitahu:
“Ya Rasulullah sahabat
kita, Abu Zar tertinggal di belakang!”
Rasulullah berkata:
“Biarkan dia. Jika Abu
Zar ada manfaat untuk Islam Allah akan hantar semula masuk ke dalam perjuangan
kita ini.”
Kalau dia ada faedah
untuk Islam nescaya Allah akan hantar masuk balik dalam perjuangan Islam.
Tetapi jika dia tidak ada faedah untuk Islam Allah akan letak dia jauh daripada
perjuangan Islam.
Jika seseorang itu pagi pergi
kerja petang balik rumah bersenang lenang dengan anak isteri. Dia rasa
kehidupan begitu sudah selesa. Tidak ada sumbangan langsung terhadap perjuangan
Islam dalam bentuk wang, tenaga dan buah fikiran. Orang yang demikian
kemungkinan Allah sisih dia daripada perjuangan Islam.
Abu Zar, bila mendapati
keldainya tidak larat lagi, dia pun mengambil semua barangnya, meletak atas
belakang dan berjalan kaki seorang diri di padang pasir kerana beliau hendak
menyertai juga dalam kumpulan tentera Tabut itu.
Rasulullah dan para sahabat yang
berada di hadapan berhenti untuk menunaikan solat Subuh. Bila selesai
sembahyang para sahabat nampak debu berterbangan di udara.
Lalu sahabat berkata:
“Ya Rasulullah ada seorang
sahabat kita di belakang sana.”
Rasulullah SAW berkata:
“Boleh jadi itu Abu
Zar.”
Rupa-rupanya bila
sampai dekat betul Abu Zar.
Semua sahabat memeluk
Abu Zar kerana sayang kepadanya
Nabi SAW memeluk Abu
Zar dan nabi menangis sambil menyebut:
“Abu Zar ada manfaat
untuk Islam sebab itulah Allah hantar dia balik ke sini.”
Dan nabi menyebut:
“Allah sayang kepada
Abu Zar, dia berjalan di atas padang pasir seorang diri, dia mati nanti seorang
diri dan dia bangun balik di padang mahsyar seorang diri.”
Mudah-mudahan kita mengambil
pengajaran daripada kisah yang berlaku ke atas Abu Zar, seorang insan yang
hebat di sisi Allah SWT.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment