Sabda nabi SAW bermaksud:
“Sesiapa yang membaca
KULHUWALLAHU AHAD hingga selesai sepuluh
kali maka Allah akan membina baginya satu istana dalam syurga.”
Kalau ada istana atau mahligai
dalam syurga maksudnya masuk syurgalah.
Baca KULHUWALLAHU AHAD hingga
selesai sepuluh kali dapat satu mahligai. Jika baca hari-hari bermakna
hari-hari dapat satu mahligai. Jika baca 100 kali sehari dapat sepuluh buah
mahligai satu hari. Jika dibaca bulan Ramadan diganda dengan 70 dan jika dibaca
di Masjidil Haram diganda dengan 100,000.
Saidina Umar berkata:
“Kalau macam itu banyaklah
mahligai kita dalam syurga wahai Rasulullah.”
“Allah itu boleh beri lebih
banyak dan lebih baik lagi.” Jawab nabi SAW.
Jadi sementara hidup ini
perbanyakkan mahligai dalam syurga kerana syurga itu luas dan kita duduk dalam
syurga sampai bila-bila.
Boleh baca bila-bila masa dan di
mana-mana sahaja kecuali dalam tandas. Boleh baca masa duduk, masa berdiri,
masa berjalan, dalam kenderaan, masa duduk memasak di dapur dan sebagainya.
Betapa besarnya rahmat Allah SWT
kepada hamba-hambanya. Sudahlah mendapat mahligai diberi pula pahala membaca
Quran setiap huruf sepuluh pahala.
Mengikut nas, mahligai dalam
syurga pula sangat besar dan indah. Dindingnya daripada emas, perak dan marjam.
Bombongnya ialah kubahnya daripada mutiara.
Baca 10 kali itu tidak sampai pun
2 minit. Begitu hebatnya tawaran Allah SWT. Kerja mudah dan ringan tetapi
pulangannya tersangat besar. Jika tidak terliur juga hendak beramal maka tepuk
dada cek iman.
JADI RUGI BESARLAH JIKA TIDAK
BERAMAL.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment