Satu sunah
yang penting ialah menjaga wuduk. Ajar diri kita sentiasa berada dalam wuduk. Bila batal
sahaja terus pergi ambil semula dan tunaikan sembahyang sunat wuduk.
Dalam satu
riwayat Saidina Ali menyebut orang yang menjaga wuduk malaikat akan duduk
dengannya dan berdoa dua perkara untuknya:
1.
Malaikat akan memohon keampunan bagi pihak dia. Sepanjang berada dalam wuduk
selama itulah malaikat memohon keampunan kepada dia.
2.
Malaikat memohon kepada Allah supaya sayangilah orang itu. Malaikat minta
supaya Allah cinta kepada dia.
Dalam
riwayat yang lain nabi bertanya kepada Bilal:
“Apa amalan
yang kamu buat sehingga aku terdengar tapak kasut kamu dalam syurga.”
Jawab Bilal:
“Tidak ada
banyak sangat amalan saya wahai Rasulullah. Cuma saya
sentiasa menjaga wuduk dan bila batal saya terus membaharuinya dan membuat
solat wuduk.”
Nabi
iktiraf solat wuduk yang dibuat oleh Bilal sebagai satu sunah walaupun nabi SAW
tidak pernah melakukan solat itu.
Jadi eloklah
kita jaga wuduk dan melaksanakan solat sunat wuduk bila memperbaharuinya.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment