Wednesday, December 21, 2016

TETAP SETIA KEPADA JEMAAH



Islam hanya satu. Agama nabi-nabi dan rasul-rasul semenjak nabi Adam AS ialah Islam. Lain daripada Islam semuanya batil.

Kita boleh memilih mana-mana kumpulan. Tetapi pastikan kumpulan yang hendak dipilih itu mestilah yang boleh membawa keuntungan hingga hari akhirat. Sifat kumpulan ini ada disebut dalam Quran dan dalam banyak hadis. Jadi pilih dan sokong yang betul-betul memperjuangkan Islam supaya berdaulat.

Khalid al-Walid masuk Islam dalam tahun 8 Hijrah. Dia pergi jumpa nabi SAW di Madinah untuk masuk Islam. Lepas masuk Islam dia memegang tangan nabi kuat-kuat dan minta Rasulullah SAW berdoa kepada Allah supaya dosanya yang lama-lama dihapuskan.

Nabi SAW bersabda:

“Bila masuk Islam Allah padam habis dosa-dosa yang lalu. Orang yang berhijrah (berubah) Allah padam semua dosa lama. Dan orang dapat Haji Mabrur dosa-dosa lama dipadamkan.”

Khalid tidak puashati. Dia pegang jugak tangan Rasulullah SAW dan dia minta nabi doa khusus untuknya kerana dia ingat peristiwa dalam peperangan Uhud.

Dalam peperangan Uhud tentera musyrikin kalah dalam pusingan pertama. Khalidlah yang menjadi ketua mengarah tentera musyrikin menyerang balik kali kedua menyebabkan tentera Islam kalah teruk.

Bila dia masuk Islam nabi SAW terus melantiknya menjadi ketua atau general. Semenjak dia memegang jawatan general tidak ada peperangan yang dia terlibat kalah, semuanya menang.

Strategi perang Khalid al-Walid dikaji oleh oleh England, Peranchis dan German.
KISAH, KHALID AL-WALID,

Zaman Saidina Abu Bakar Khalid masih lagi jadi general dan zaman Saidin Umar dia masih lagi menjadi general. Tetapi dalam zaman Saidina Umar berlaku satu fitnah. Para sahabat bercakap Khalid kalau masuk perang pasti menang. Jika Khalid terlibat peperangan, kita tidak perlu bimbang pasti menang.

Peristiwa itu diketahui oleh Saidina Umar. Lalu dalam satu peperangan Saidina Umar menulis surat menggugurkan jawatan sebagai general dan menjadi ahli biasa sahaja. Khalid al-Walid bila menerima surat itu dia menerima dengan rela hati. Dia tetap berjuang seperti biasa walaupun sebagai ahli biasa.

Khalid al-Walid walaupun dilucut jawatan dia tidak buat pun parti baru.

Bahkan bila ditanya Khalid berkata:

“Aku berjuang bukan kerana Umar tetapi kerana Allah.”

Jika kita hendak mengambil kira tidak berpuashati terhadap seseorang, Saidin Umar tidak puashati dengan Rasulullah SAW dalam perjanjian Hudaibiah. Saidina Umar tidak setuju dengan perjanjian Hudaibiah kerana berat sebelah.

Walaupun tidak setuju, Saidina Umar tidak keluar parti dan tidak tubuh parti baru. Dia tetap turut nabi SAW.

Itulah sikap yang ditunjukkan oleh para sahabat yang patut dicontohi.

Pihak tertentu mungkin memiliki pandangan yang jauh dan tidak dapat difikir oleh orang biasa. Bila tubuh parti baru orang Islam akan rosak dan akan berpecah. Berlaku dua kepimpinan dan lebih teruk lagi bila golongan serpihan menyerang parti asal.

Jadi perlu sokong golongan yang membawa Islam sebenar dan Islam ada satu sahaja.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment