Wednesday, December 21, 2016

KELEBIHAN BERADA DITEMPAT SEMBAHYANG BILA BERWIRID



KELEBIHAN BERADA DITEMPAT SEMBAHYANG BILA BERWIRID

Ada orang didoakan oleh para malaikat. Antara orang didoakan oleh malaikat ialah orang selepas sembahyang dia duduk kekal di tempat solatnya sambil berzikir.

Selagi dia tidak meninggalkan tempat solatnya selama itulah malaikat berdoa untuknya iaitu malaikat meminta ampun untuknya.

Kita ini lepas solat cepat sangat bangun. Jangan cepat sangat berganjak daripada tempat sembahyang.  Selepas wirid dan berdoa baharu bangun. Paling lekeh istighfar 10 kali, baca ayat Kursi dan berdoa. Doa kita kepada Allah lebih mustajab di tempat sembahyang.

Bila kita pindah tempat malaikat pun berhenti berdoa.

Namun begitu jika kita hendak mengerjakan solat sunat selepas itu adalah sunat pindah tempat. Ini dikhiaskan kepada amalan nabi SAW.

Nabi berulang alik ke masjid menggunakan laluan yang berlainan. Nabi SAW pergi ke masjid menggunakan satu jalan dan balik ke rumah ikut jalan lain pula.

Ada banyak perbezaan antara orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu. Orang yang berilmu amalannya makin bertambah dan makin baik.

Oleh itu lazimilah dengan majlis ilmu

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment