Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan,
lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana
Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku
beristirahat daripada seretan malaikat maut".
Selepas itu, mayat pula
bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau
menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air
yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh
sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau
menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".
Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun
memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta
mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri
atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari
Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah
lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan
isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah
menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka.
Sesungguhnya pada hari
itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada
mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan
pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan
mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan
sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan
melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai
Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia
sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini
sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang
aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung
kesalahanku".
"Adapun didunia,
Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka
juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat daripada
Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat
itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang
pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka.
Dalam mimpi itu, Abi
Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada
mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:
"Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk dairpada
anak-anak dan teman-teman.
Sebaliknya aku mempunyai
anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku". Setelah
mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga.
Pada malam itu juga dia
memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi
mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di
hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.
Seterusnya tidak lama
selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun
kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada
matahari.
Baginda Rasullullah saw
bersabda: Apabila telah sampai ajal seseorang itu kumpulan malaikat menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.
Setelah itu datang pula
sekumpulan malaikat yang lain menarik roh dari lutut hingga sampai ke
perut. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang
lain menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada
Dan akhir sekali datang
lagi satu kumpulan malaikat menarik roh dari dadanya hingga sampai ke
kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah saw lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as
akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu
dapat melihat kedudukannya di syurga.
Apabila orang yang beriman
itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di
sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus
pandangannya kepada sayap Jibrail as
"Kalau orang yang nazak
itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka
orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu
orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya.
Ini adalah kerana terlalu
takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari
sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut
nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut
roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang
mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan
bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa
menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt " Setelah malaikat maut
mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan
apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah swt berfirman
yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah
lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat
maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah
sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak
yatim dan keluar penulisan ilmu.
Maka berkata tangan: Tidak
ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini
telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan
tangan ini menulis ilmu pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut
gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba
pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki
berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan
berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan
menghadiri majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat
maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula
dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga
pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini
sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat
maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak
menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini
sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini
sentiasa menangis kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka
malaikat maut kembali kepada Allah swt. Kemudian Allah swt berfirman yang
bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan
tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."
Sebaik saja mendapat perintah
Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma
Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka
keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Telah bersabda
Rasullullah saw: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para
malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati
syahid.
2. Orang-orang yang
mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari
Arafah.
No comments:
Post a Comment