Sabda
Rasulullah SAW:
“Dan dari
Abi Hurairah RA, katanya sabda Rasulullah SAW: “tiada seseorang yang empunya emas dan perak yang tidak menunaikan haknya yakni
haknya untuk menjaga dengan baik dan mengambil dengan amanah, bukan cara tipu,
belanja dengan cara baik sama ada memberi nafkah yang wajib kepada anak isteri,
kepada keluarga dan menunaikan zakat termasuklah yang sunat, melainkan adalah
ia pada hari kiamat yakni kalau ia tidak menunaikannya dijadikannya
kepingan-kepingan daripada api neraka lalu disetarekakan di atasnya di dalam
neraka maka disetarekakannya akan lambungnya, dahinya dan belakangnya.
Setiap kali
sejuk dikembalikan baginya panas semula pada hari yang satu harinya mengikut
kadar 50 ribu tahun sehingga di antara hamba-hambanya yakni dibicarakan di
padang mahsyar lalu melihat jalannya sama ada ke syurga atau pun ke neraka.”
Hadis
menunjukkan bahawa mereka yang tidak menunaikan zakat, yang tidak menggunakan
kewajipan harta benda dengan baik, memberi nafkah kepada yang wajib dan memberi
kepada yang sunat menggunakan harta yang harus. Dia tidak menggunakan harta
yang banyak. Zaman nabi bentuk wang ialah emas dan perak.
Sekarang
menggunakan kertas. Walaupun kertas tetapi ada nilai emas dan perak. Ada orang
kata zakat tidak perlu dikeluarkan kerana kertas. Ini orang tidak belajar
ekonomi dan tidak tahu perkembangan masa. Cek pun ada nilai wangnya.
Oleh sebab
itu barang siapa yang menyimpan harta sama ada emas dan perak atau pun apa
sahaja yang ada nilainnya, jika dia tidak menunaikan zakat dan tidak menunaikan
nafkah yang wajib, tidak menunaikan kebajikan, dia menunaikan perkara yang
sia-sia, yang tidak memberi faedah dan tidak mengharuskan maka hartanya
dijadikan kepingang-kepingan api neraka yang disetarekakan pada lambungnya,
mukanya dan belakangnya. Bila sejuk dipanas pula, pada hari kiamat yang satu
harinya menyamai 50 ribu tahun.
Lalu ditanya
pula wahai Rasulullah bagaimana pula yang ada unta.
Sabda
Rasulullah SAW:
“Dan
tiadalah tuan punyai unta yang tidak menunaikan daripadanya akan haknya sama
ada memberi makan minum unta itu kerana menjaganya dan hak menunaikan zakat
daripada harta ternakan atau lebihannya memberi sedekah dan sebagainya,
daripada haknya susunya pada hari dia membawa unta untuk ternakan melainkan
adalah ia pada hari kiamat kelak disembamkan baginya di tanah lapang yang luas
mengikut keadaan yang tidak hilang daripadanya seekor anak pun (unta itu ada
anak dan cucu ciciknya pula).
Sekiranya
dia tidak menunaikan hak maka memijaknya dengan kuku-kukunya dan menggigit
dengan mulut-mulutnya, setiap kali lalu di atasnya dengan anak-anaknya
dikembalikan kepadanya yang akhir pada hari yang kadarnya 50 ribu tahun,
sehingga dibicara di kalangan hamba-hamba, maka dia akan melihat jalannya sama
ada ke syurga atau pun ke neraka”
Bukan sahaja
harta emas dan perak termasuk juga harta binatang-binatang ternakan.
Lalu ditanya
pula wahai Rasulullah bagaimana pula lembu dan kambing.
Sabda
Rasulullah SAW:
Tiadalah
yang mempunyai lembu dan kambing yang tidak menunaikan haknya dengan betul,
dengan cara baik sama ada memberi makan minum dan menjaganya termasuklah juga
menunaikan zakat daripada binatang yang dipelihara dan menunaikan nafkah yang
wajib daripada binatang yang dipelihara, lebihan diberi kepada haknya yang ada
harta binatang,
melainkan ia
pada hari kiamat disembamkan dengan mukanya pada hari
kiamat di padang yang luas dan dia tiada boleh melepaskan diri daripada sesuatu
pun melainkan dibawa kepadanya binatang yang tanduknya bengkok, yang tanduknya
pecah dan tiada tanduk, menanduknya dengan tanduk-tanduknya dan memijaknya
dengan kaki-kakinya.
Setiap kali
lalu anak-anaknya yang dulu dan yang kemudian memijaknya dan menanduknya pada
hari yang kadarnya adalah 50 ribu tahun sehingga dibicarakan di kalangan
hamba-hamba lalu dia melihat jalannya sama ada ke syurga atau pun ke neraka.”
Lalu ditanya
pula wahai Rasulullah bagaimana pula dengan kuda
Sabda
Rasulullah SAW:
“Kuda ada
tiga jenis. Satu jenis untuk orang yang bohong, satu jenis untuk orang yang
menjaga diri dan satu jenis lagi untuk orang yang mendapat ganjaran.
Ada orang
yang membawanya dengan bohong ialah orang menambatnya untuk menunjuk-nunjuk dan
menjadi kebanggaan dan kemegahan kepada ahli Islam. Maka dia membawa dosa.
Zaman dahulu tiada kereta, zaman sekarang keretalah pula, digunakan bertujuan
untuk bangga dan megah.
Ada pun yang
membawa perlindungan ialah orang yang menambatnya pada jalan Allah kemudian dia
tidak melupai hak Allah pada belakangnya dan lehirnya maka menjadi perlindungan
kepadanya iaitulah orang yang menjaga haknya, dia memberi makan dan minum kuda
secukupnya serta menjaga kuda dengan elok. Kuda itu pula digunakan untuk
kemudahannya atau untuk kerjanya bukan untuk kebanggaan dan kemegahan.
Kuda yang
ada pahla ialah yang menambatnya pada jalan Allah untuk orang-orang Islam.
Digunakan kenderaannya untuk sabilillah dan untuk berjuang bagi masyarakat
Islam. Maka kuda itu diletak di padang atau di kebun
maka tidaklah memakan oleh kuda itu daripada padang atau pun kebun daripada
sesuatu melainkan ditulis baginya bilangan yang dimakan itu adalah
pahala-pahala dan ditulis baginya tahi-tahi dan air kencing adalah pahala dan
dia tidak pergi mana-mana, padang atau dua padang yang luas saujana melainkan
Allah menulis baginya setiap bekasnya, tahinya adalah pahala dan tidaklah melalui
tuannya mengharumi sungai lalu kuda itu minum air sungai melainkan Allah
menulis baginya pahala-pahala kebajikan.”
Lalu ditanya
pula wahai Rasulullah bagaimana pula dengan keldai (Hema)
Sabda
Rasulullah SAW:
“Tidak
diturunkan kepada aku berkenaan dengan keldai melainkan ini ayat yang
merangkumi dan mencangkup maknanya kerana firman Allah Ta’ala bermaksud: ”Maka
sesiapa yang beramal dengan amal kebajikan seberat habut yang halus maka dia
melihat kelebihan dan pahalanya dan sesiapa yang beramal dengan seberat habut
yang halus daripada kejahatan nescaya dia akan melihat keburukannya pada hari
kiamat kelak.”
Perkara-perkara
lain Allah Ta’ala tidak sebut. Apa yang disebut ialah emas dan perak, kuda dan
lembu dengan kambing. Getah, ikan, kelapa sawit dan lain-lain tidak disebut.
Apa yang disebut dalam hadis ini ialah perkara dasar. Jika ada perkara baru
kita bandinglah dengan perkara baru.
Begitulah
bagi mereka yang ada ladang kelapa sawit contohnya, jika mereka tidak
mengeluarkan zakat daripada hasilnya dan menunaikan haknya maka pelepahnya,
buahnya, lidinya dan lain-lain akan mengoyak-ngoyak tubuhnya pada hari kiamat.
Ertinya
semua pendapatan kita daripada apa-apa sumber yang halal ada haknya. Hak yang
wajib iaiatulah nafkah, upah yang diberi kepada pekerja-pekerja dengan cara
yang patut dan zakat. Hak yang sunat seperti sumbangan-sumbangan yang sunat dan
hak yang harus.
Selain
daripada itu adalah haram. Maka yang haram itu akan menjadi umpan untuk
menyiksa dia pada hari kiamat kelak. Apa sahaja harta bukan sahaja emas perak,
wang, binatang ternakan termasuklah kebun dan perniagaan-perniagaan. Itu
bahagian yang pertama daripada hadis ini.
Bahagian
kedua ialah kuda iaitu kenderaan. Kenderaan ada tiga jenis. Satu jenis
digunakan untuk kebanggaan dan kemegahan maka kenderaan itu membawa dosa kepada
pemiliknya. Kedua, kenderaan digunakan untuk urusan dan pekerjaan. Ini
diizinkan dengan syarat pemiliknya menunaikan hak kenderaan itu dengan cara
yang sebaik-baiknya. Ketiga, kenderaan digunakan untuk fi sabilillah. Ini
mendatangkan pahala. Setiap perkara yang dilakukan oleh kenderaannya diberi
pahala oleh Allah Ta’ala. Kuda makan rumput dan kereta minyak dan air. Apa yang
keluar, kuda najisnya, kenderaan asapnya dan kawasan yang dilalui fi sabilillah
diberi pahala oleh Allah SWT.
Semua nikmat
yang diberi oleh Allah Ta’ala hendaklah digunakan untuk kebajikan dan nikmat
dunia adalah jambatan untuk menuju ke alam akhirat. Terpulang kepada seseorang
itu sama ada dia hendak jadikan jambatan pergi ke syurga atau pun jambatan
pergi ke neraka.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment