PAS mengutuk
cubaan rampasan kuasa oleh segelintir anggota tentera untuk menjatuhkan
kerajaan Turki yang dipilih secara sah melalui proses demokrasi pimpinan AK
Party. PAS menggesa semua pihak di Turki untuk menghormati dan mendokong proses
demokrasi, bertindak mengikut lunas undang undang dan tidak bertindak sehingga
menimbulkan keadaan huru hara.
PAS berdiri teguh bersama hasrat rakyat Turki yang telah memilih kerajaan melalui proses demokrasi yang sah.
PAS merakamkan ucapan simpati dan takziah kepada semua mangsa yang terlibat dalam tragedi rampasan kuasa ini, ahli keluarga, pemimpin dan seluruh rakyat Turki.
PAS menyokong kepimpinan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, untuk memperkukuhkan demokrasi dan kuasa rakyat dan berdoa semoga beliau terus dapat memimpin Turki dengan cemerlang.
PAS juga menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk kita sama-sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Turki dan rakyat Malaysia yang berada di Turki.
“BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN”
ABDUL HADI AWANG
Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS)

No comments:
Post a Comment