Soalan:
Kenapa 15-30 minit sebelum masuk waktu Zohor
kita diharamkan melakukan sebarang solat?
Jawapan:
1.
Ketika itu matahari berada di kemuncak langit sebelum gelincir (masuk Zohor).
Disebut juga waktu rembang.
2.
Waktu ini diharamkan solat sunat apa pun kecuali:
Pada hari Jumaat bagi lelaki yang hadir solat Jumaat
dan berada di masjidil Haram.
3.
Waktu ini, jin dan syaitan sedang mengambil tenaga mereka kerana ciptaan mereka
dari unsur api.
Dengan
pancaran matahari yang kuat, tenaga mereka bertambah dengan cepatnya
(recharge).
4.
Ketika ini jugalah, ahli sihir membuat dan 'menuju' ilmu hitam mereka selain
pada waktu tengah malam. - menurut Ilmu Perubatan Islam.
5.
Manusia pula sebaliknya ketika ini, badan berada pada tahap paling lemah.
Maka
Islam menggantikan ibadat solat sunat dengan tidur sunat yang namanya Qailulah
untuk tujuan kecergasan fizikal dan juga rohani.
6.
Qailulah 15-30 minit sebelum Zohor. Itulah yang terbaik.
7.
Qailulah juga antara cara untuk awet muda. Kerana ketika tidur, segala tekanan
kerja dan kehidupan di siang hari dilepaskan secara semula jadi.
8.
Ikuti sunnah, pasti ada kejayaan.
Nabi
SAW bersabda bermaksud:
"Lakukanlah
Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan Qailulah."
Rahsia disebalik tidur sejenak sebelum solat Zohor
Rahsia disebalik tidur sejenak sebelum solat Zohor
Maksud
Hadis :
Syaitan
tidak melakukan Qailulah, oleh itu orang-orang mukmin yang melakukan Qailulah
atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi
kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna
sepanjang hari.
Sabda
Rasulullah s.a.w "Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak
berani Qailulah" (Riwayat at-Tabrani)
Apa
itu Qailulah?
Qailulah
ialah tidur sebentar pada siang hari.
Bila
waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah?
Mengikut
pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah
antara pukul 12 tengah hari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan
selepas Zohor.
Apakah
kelebihan atau Kebaikan Qailulah?
Mengikut
kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita
di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh
bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insya Allah.
Qailulah
@ tidur sekejap waktu tengah hari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan
berqiamullail.
Orang
barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya
"nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan
"nap' waktu tengah hari dapat mengelakkan penyakit jantung.
Menurut
kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan
bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat Subuh. Kalau dikira dari waktu Subuh
hingga pukul 12-1 tengah hari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi
Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa
itu. Ia sangat sesuai dengan fitrah badan manusia.
Menurut
mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita
mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan
mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.
Sama-samalah
kita qailullah@nap sekejap sebelum zohor
No comments:
Post a Comment