*6 Petanda Bermula
100 Hari Sebelum Tibanya Sakaratul Maut*
“Bahawa malaikat maut
memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika
Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang
gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang
ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia
masih berseronok-seronok bergelak ketawa.” Sabda Nabi Muhammad S.A.W
Tanda-Tanda Kematian Menurut Islam
*100 Hari Sebelum Hari
Kematian*
Ini adalah tanda pertama
dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disadari oleh mereka-mereka yg dikehendakinya.
Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah
mereka sadar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu
Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami
getaran, seakan-akan menggigil.
Contohnya seperti daging
sapi/kambing yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita
akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat,
dan bagi mereka yang sadar dan berdetak di hatinya bahwa mungkin ini adalah
tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan
kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak
diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan
soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang
sadar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk
memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan
yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
*40 Hari Sebelum Hari
Kematian*
Tanda ini juga akan
terjadi sesudah waktu Asar. Bagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada
ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di
atas Arash Allah swt. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai
membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti
kita sepanjang waktu.
Akan terjadi malaikat
maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang
terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut
ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan
dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
*7 Hari Sebelum Hari
Kematian*
Adapun tanda ini akan
diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit di mana orang
sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.
*3 Hari Sebelum Hari
Kematian*
Pada masa ini akan terasa
denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika
tanda ini dapat diketahui/ dipahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya
perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang
yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata
hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian ujungnya akan
berangsur-angsur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
*1 Hari Sebelum Hari
Kematian*
Akan berlaku sesudah
waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu
di bahagian ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan harinya.
*Tanda akhir*
Akan berlaku keadaan di
mana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan akan turun
ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah
kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Bersiap siaplah, hari itu
pasti akan datang! Sudah siapkah bekal kita?
Wallahu a’lam
No comments:
Post a Comment