Thursday, January 19, 2017

MENILAI MANUSIA

Bila menilai manusia dengan penuh kesempurnaan maka kamu akan kecewa bila melihatnya melakukan kesilapan.

Bila kaamu menilai manusia tidak pernah sempurna maka kamu akan kagum kesungguhannya membetulkan kesilapan.

Rasulullah s.a.w bersabda :

كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِيْنَ التَّوَّابُوْنَ.

“Setiap anak Adam pasti berbuat salah dan sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan adalah yang bertaubat”

Abu hurairah r.a, beliau berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:

«وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَوْ لَمْ تُذْنِبُوا لَذَهَبَ اللهُ بِكُمْ، وَلَجَاءَ بِقَوْمٍ يُذْنِبُونَ، فَيَسْتَغْفِرُونَ اللهَ فَيَغْفِرُ لَهُمْ»

Demi jiwaku yang berada di tangan-Nya, sekiranya kamu tidak melakukan dosa, pasti Allah akan membinasakan kamu. Kemudian Allah akan menggantikan dengan kaum yang melakukan dosa lalu mereka memohon keampunan Allah, lantas Allah mengampunkan mereka. (Muslim)

Yakinlah bahawa setiap manusia pasti melakukan kesilapan. Kekecewaan kita akan terhasil atas perhatian dan pengharapan kita yang terlalu tinggi kepadanya.

No comments:

Post a Comment