Firman Allah Ta’ala surah an-Nisya (surah 4)
ayat 1 bermaksud:
( 1 ) Wahai sekalian manusia!
Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri
yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya
(isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan -
lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu
meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan
(silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas)
kamu.
Seruan Subhanahu Wata’ala yang diwahyukan
kepada Rasulullah SAW disampaikan kepada seluruh dunia kerana nabi Muhamad SAW
dilantik menjadi rasul kepada seluruh umat manusia, semua bangsa dan semua kaum
sehingga hari kiamat supaya mereka menyedari diri mereka adalah dicipta oleh
Allah SWT dan wajib memperhambakan diri kepada Allah SWT dengan mengerjakan
ibadat kepada-Nya sahaja, tidak boleh beribadat kepada yang lain daripada Allah
SWT seperti memperhambakan diri, tunduk kepada semua peraturan Allah SWT dengan
Islam. Islam agama semua nabi dan rasul ASTS dan agama sekelian alam, supaya
menyerah diri kepada Allah SWT.
Sesungguhnya manusia tidak akan mendapat
kebahgiaan sebenar selagi mereka tidak tunduk dan patuh kepada tuhan yang satu,
tuhan seluruh alam, Rabbil’alamin yang menjadi alam dan peraturan-peraturan
bagi alam.
Apabila Rasulullah SAW mengajak generasi awal
kaumnya sendiri kepada Islam, agama tauhid percaya Islam adalah hamba kepada
Allah SWT, manusia akan menghadiri hari akhirat, akan ditanya urusan mereka,
manusia mestilah bertaqwa kepada Allah SWT yang menjadikan mereka mengikut
perintah dan meninggalkan segala larangannya, mertabat manusia bukan semangat
kebangsaan, bukan harta benda, tetapi kebahgiaan kepada Allah SWT. Mereka mesti
tunduk kepada Islam, kaumnya menentang nabi SAW, tidak menerima ajaran Islam,
lalu berlakulah hijrah ke Madinah, ditegakkan Islam di Madinah, ditegakkan
empat perkara penting:
1. Mengaku Allah sahaja tuhan, tiada tuhan yang
lain daripad Allah
2. Manusia tidak selama-selamanya di atas
dunia, mereka akan menghadapi hari akhirat, ada perhitungan dosa dan pahala.
3. Kemuliaan manusia bukan dengan keturunan,
baka, bangsa dan harta, tetapi kemulian mengikut taqwa kepada Allah SWT.
4. Manusia mestilah Islam, menyerah diri
kepada Allah SWT.
Dengan empat asas yang penting ini tegaknya
pemerintahan Islam di Madinah al-Munauwarah. Ada kalangan yang masuk Islam, ada
kalangan bukan Islam yang menunggu dan melihat, tidak masuk Islam, mereka
melihat sendiri kebaikan Islam yang dibawa oleh nabi Muhamad SAW yang
sebenarnya memberi kebahgiaan kepada manusia.
Akhirnya baginda nabi Muhamad SAW berangkat
ke tanah airnya sendiri, di Mekah al-Mukarramah untuk membebaskan Mekah
daripada jahiliah. Sekiranya fahaman kemerdekaan yang difahami oleh dunia pada
hari ini, penghalau penjajah asing yang menakluk negeri sebagaimana perjuangan
kemerdekaan yang disambut seluruh dunia menghalau penjajah termasuk orang-orang
Arab yang menyambut kemerdekaan yang menghalau Turki Uthamaniah Islam di atas
nama kebangsaan, maka apa guna nabi Muhamad SAW membawa bala tenteranya ke
Mekah al-Mukarramah untuk membebaskan Mekah, tanah airnya yang dipimpin oleh
keluarga, bangsa dan kaumnya sendiri.
Ini menunjukkan kemerdekaan yang sebenar,
kebahgiaan yang sebenar daripada kemerdekaan yang sebenar adalah menegakkan
Islam yang mengajar ketuhanan hanya Allah SWT, tidak boleh memperhamba dan
memperkuda sesama manusia, percaya kepada hari akhirat, ada dosa dan pahala,
menjadikan manusia tidak tamak dan haloba mencari harta benda dengan menindas
dan menipu di antara satu sama lain serta bertaqwa kepada Allah.
Firman Allah SWT surah al-Hujurat (surah 49)
ayat 13:
( 13 ) Wahai umat manusia!
Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami
telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu
berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara
kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).
Seterusnya Islam menyerah diri kepada Allah
SWT, tidak boleh mengadakan undang-undang dan peraturan sendiri melainkan dalam
perkara yang diizinkan oleh Allah SWT.
Setelah Mekah dibebaskan kabilah-kabilah Arab
masuk Islam dan semenanjung tanah Arab telah menerima Islam, Allah mewafatkan
nabi SAW. Dengan Islam yang sempurna itu, para sahabat RA, para tabi’in yang
mengikut jejak langkah membawa Islam yang sempurna itu ke seluruh pelusuk dunia
melakukan pembukaan Islam ke seluruh dunia. Islam diterima oleh bangsa-bangsa
dalam dunia sebagai penyelamat, bukan sebagai penjajah. Penduduk negeri yang
didatangi oleh Islam masuk Islam dan mereka rela di bawah pemerintahan Islam.
Inilah Islam, rahmat daripada Allah SWT.
Firman Allah SWT surah al-‘Ambia (surah 21)
ayat 107:
( 107 ) Dan tiadalah Kami mengutuskan
engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.
Islam dinyatakan oleh Rabi’ bin Amir kepada
Rustam, panglima tentera Farsi yang menerima Rabi’ bin Amir, seorang utusan
yang dianggap panglima kecil dalam pasukan tentera Islam. Apabila Rustam
bertanya, “Apa tujuan kedatangan kamu? Kalau kamu datang tujuan mendapat
bantuan harta, negeri kamu padang pasir tidak ada hasil, kami sanggup
menghantar makanan apa-apa sahaja kepada kamu. Kalau kamu mahu mengambil tanah,
sila ambil tanah isi dalam guni dan pikul untuk dibawa ke negeri kamu. Apa yang
kamu mahu datang ke sini? Farsi adalah kuasa besar dunia, jangan menyusahkan
diri kamu.”
Rabi’ menjawab:
Allah yang membangkitkan kami untuk mengajak
sesiapa yang mahu daripada memperhambakan diri kepada sesama makhluk kepada
memperhambakan diri hanya kepada Allah, daripada ajaran-ajaran (agama) yang
zalim kepada ajaran Islam dan daripada dunia yang sempit kepada dunia yang luas
hingga ke akhirat.
Itulah Islam yang dibawa oleh nabi Muhamad
SAW yang menjadi kemuliaan kepada umat sekiranya mereka berpegang kepada Islam
ini sebagaimana yang diucap oleh Saidini Umar al-Khattab RA:
“Kita adalah umat yang diberi kemuliaan oleh
Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemulian selain dari Islam nescaya
kita menerima penghinaan daripada Allah.
Firman Allah SWT surah al-‘Imran (surah 21)
ayat 85:
( 85 ) Dan sesiapa yang mencari ugama
selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari
akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment