Wednesday, January 11, 2017

ISLAM BUKAN EMPIRE TETAPI KHILAFAH.



Seorang orintalis Belanda menyatakan bahawa mereka tidak boleh menerima Islam yang ada doktrin politik. Doktrin untuk meninggikan pemerintahan Islam. Bush mengatakan ada golongan di kalangan orang Islam bukan sekadar masuk Islam tetapi ingin mengembalikan empire Islam. Itu tuduhannya.

Islam bukan empire tetapi Islam adalah khilafah. Khalifah dengan makna IQAMATUDDIN WASYIA BATUDDUNIAABIH iaitu menegakkan agama dan mentadbir dunia dengan agama. Empire adalah menjajah orang dan menakluk negeri orang. Bila negeri orang ditakluk, rakyat diperhambakan dan harta kekayaan diangkut ke negeri penjajah.

Islam bukan begitu. Bila Islam memerintah negeri orang lain, rakyat negeri itu diajak masuk Islam bukan dengan paksaan. Rakyat yang dijajah diizinkan kekal dengan agama mereka asalkan jangan ganggu Islam. Orang Islam dikenakan zakat, orang bukan Islam dikena jiziah dan kharaj.

Zakat dibahagi kepada orang fakir miskin dan lain-lain dalam negeri yang diperintah oleh Islam. Kharaj dan jiziah yang diambil daripada orang bukan Islam dibahagikan kepada orang fikir miskin yang bukan Islam. Jadi Islam bukan empire.

Bila Islam berkuasa di Farsi (Iran) rakyat Farsi masuk Islam. 70% perkataan Farsi adalah bahasa Arab. Orang Sudan bukan orang Arab, mereka masuk Islam. Mesir bukan orang Arab. Mereka masuk Islam dan mengaku mereka Arab. Libya, Algeria dan Moroko bukan orang Arab. Orang Arab hanya di semenanjung Tanah Arab sahaja. Apabila mereka masuk Islam, mereka meninggal bahasa dan budaya mereka.

Mereka masuk Islam bukan dipaksa tetapi kerana mereka tertarik dengan Islam. Islam bukan empire. Anggapan mereka Islam sebagai penakluk adalah tidak betul. Mereka takut jika orang Islam berpegang dengan Islam sungguh. Oleh sebab itu mereka memerangi orang Islam supaya orang Islam menjadi murtad.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment