Dalam sejarah perjuangan Islam proses penapisan ialah sunnatullah.
Allah akan tapis, Allah akan uji orang yang terlibat dengan perjuangan Islam.
Bayangkan betapa kuat ujian Allah sehingga para sahabat bertanya Rasulullah
bila lagi datang pertolongan Allah. Iman para sahabat bergoncang dengan ujian
Allah SWT.
Di tengah-tengah orang menuduh nabi SAW pembohong, nabi tukang
sihir dan sebagainya Allah SWT membawa nabi SAW israk mikraj. Jika israk mikraj
berlaku semasa di Madinah tidak ada masalah kerana iman para sahabat mantap
tetapi israk dan mikraj berlaku di Mekah. Israk mikraj perkara yang akal tidak
boleh menerima. Inilah proses tarbiah, inilah proses penapisan dan skript
ditentu oleh Allah SWT.
Istiqamah di atas jemaah Islam adalah wajib dan memecahkan jemaah
Islam adalah berdosa. Walaupun dalam sistem demokrasi boleh tubuh parti tetapi
dalam kontek Islam tidak dibenarkan ada dua jemaah Islam.
Allah Ta’ala memperingatkan kita: “Sekiranya ada satu kumpulan di
kalangan orang mukmin saling bermusuh-musuhan kamu damaikan mereka, tetapi jika
satu kumpuan itu bersikap melampau atas kumpulan lain hendaklah kamu lawan
hingga mereka balik semula kepada hukum Allah Ta’ala.”
Kita bersimpati dengan mereka yang meninggalkan jemaah dan menubuh
jemaah lain yang belum tentu baiknya. Namun begitu mereka yang tidak ada
sumbangan atau tidak ada faedah lagi kepada perjuangan Islam akan singkirkan
oleh Allah.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment