Ini
kesilapan yang SANGAT SANGAT SANGAT biasa di Malaysia ini. Saya pun tidak
pasti, di mana silapnya.
Misalnya,
dahulu abang ipar Maria tinggal sekali dalam rumah mereka. Sejak sekian lama
Maria tidak bertudung dalam rumah, tetiba selepas belajar ilmu ini Maria faham
dan Maria mula bertudung ketika abang ipar berada di dalam rumah.
Dan
masa Maria mula pakai tudung dalam rumah, ia menjadi satu kepelikan. Dan ada
orang yang tak faham bertanya, "Ni pakai tudung nak keluar pi mana?"
Dia
jadi macam pelik kalau kita pakai tudung dengan ipar duai kita di rumah.
Saya
terpaksa tulis bab ini sebab saya perhatikan ramai sangat yang buat silap.
Kalau
kita tak faham dan tak amalkan, kesilapan ini akan diperturunkan kepada anak
anak kita pula.
Semasa
hari raya, ramai adik beradik kita yang akan pulang berhari raya bersama
keluarga.
Pastinya
mereka juga membawa anak anak mereka bersama. Ada lelaki dan ada perempuan.
Kita
kena didik anak anak kita. Kita kena bagi mereka faham yang aurat mesti dijaga
sesama sepupu. Dan kita perlu ajar mereka yang mereka tidak boleh bersalam
dengan sepupu mereka jika mereka sudah baligh.
Mereka
perlu jaga aurat mereka.
Dan
ada sesetengah rumah yang tidak cukup besar. Maka mereka tidur berjemaah di
ruang tamu. Jika tiada pilihan nak buat macam mana. Terpaksalahkan... Tapi,
untuk wanita, mereka perlu tidur dengan bertudung jika dah semua orang tidur di
ruang tamu.
Seeloknya,
biarlah lelaki tidur di ruang tamu dan wanita tidur di dalam bilik.
Saya harap, kita semua
clear bab menutup aurat ini.
No comments:
Post a Comment