Firman Allah Ta’ala surah al-An’am (surah 6)
ayat 65:
( 65 ) Katakanlah: "Dia lah yang
berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas
kamu, atau dari bawah kaki kamu, atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan
berpecah-belah - berpuak-puak, dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan
perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain". Perhatikanlah bagaimana
Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan
berbagai cara, supaya mereka memahaminya.
Ayat ini menceritakan tuhan hendak menurunkan
azab atau bala kepada manusia. Bila turun ayat ini nabi SAW terus mengangkat
tangan memohon kepada Allah (hadis riwayat daripada Abu Hurairah). “Ya Allah
Engkau akan mengenakan empat azab ke atas umat aku. Aku memohon keempat-empat
azab ini Engkau angkat daripada umat aku.”
Daripada permohonan itu Allah SWT menerima
dua dan menolak dua. Allah menerima doa nabi Muhamad SAW ialah azab yang datang
dari atas dan dari bawah ditangguhkan kepada umat nabi Muhamad SAW. Oleh itu
tidak ada azab yang umat Muhamad terima sebagaimana azab yang menimpa kaum nabi
Nuh, kaum nabi Lut, kaum Samud dan kaum ‘Ad walaupun dosa yang dibuat oleh kaum
dahulu dan kaum sekarang sama sahaja. Ada angina punting beliun dan gempa bumi
berlaku di sana sini tetapi azabnya melibatkan kawasan itu sahaja, bukan
menghapuskan semua puak atau kaum
Dua azab lagi Allah SWT tidak perkenankan doa
nabi Muhamad SAW. Satu daripadanya umat Islam dijadikan berpecah. Kita dapati
sekarang umat Islam berpecah-belah menjadi berpuak-puak. Satu lagi ialah Allah
jadikan sesetengah orang menindas yang lain. Sekarang ini ada golongan
atasan menindas golongan bawahan.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment