Kata-kata iman Ibni Attauilah dalam kitab
Hikam:
Beliau telah mengatakan ibadat yang kamu buat
tidak diterima oleh Allah SWT melainkan ada dua syarat:
1. Lupakan ibadat yang kamu buat.
Jangan ingat amalan itu, jangan kenang amalan
itu dan jangan sewenang-wenangnya cerita amalan yang kamu buat kepada orang
lain. Ini untuk mengelak daripada perasaan riak. Hanya ibadat yang ikhlas
kerana Allah sahaja diangkat naik ke illiyin.
2. Kena ada perasaan ibadat yang dibuat
kurang sempurna.
Bila selesai membuat sesuatu amalan tanamkan
rasa amalan itu kurang sempurna atau banyak cacat. Jangan ada rasa amalan aku
buat ini bagus, tidak ada cacat. Perasaan begini boleh membawa kepada riak.
Bila kita memberi salam selepas sembahyang
perkataan pertama diajar untuk menyebutnya ialah ISTIGHFAR.
Mengapa disuruh membaca ASTAGHFIRULLAHAL AZIM
sedangkan sembahyang itu bukannya dosa, sembahyang itu ibadat?
Ini kerana nabi SAW hendak mentarbiyah kita
supaya berasa ibadat sembahyang itu tidak sempurna.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment