Pesanan
Luqmanul Hakim kepada anaknya.
Luqmanul
Hakim berkata bila dia pernah berjalan dan berjumpa dengan nabi-nabi. Dia dapat
banyak perkara daripada para nabi dan dapat dikumpulkan kepada 8 perkara yang
boleh dikongsi:
1. Bila sembahyang
tolong jaga hati. Anggota perlu dijaga tetapi hati lebih perlu dijaga.
2. Jika
duduk dalam kumpulan manusia tolong jaga lidah kamu.
3. Jika
duduk di dalam rumah orang tolong jaga mata kamu
4. Bila
hendak makan tolong jaga perut kamu.
5. Lupakan kebaikan
yang kamu buat kepada orang.
6. Lupakan
kejahatan orang kepada kamu. Maafkan kejahatan orang kepada kamu.
7. Ingat
kepada Allah banyak-banyak.
8. Ingat
kepada akhirat banyak-banyak.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment