Seorang budak lelaki
miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yang diusahakan oleh
ibunya. Menjelang tengah hari, dia sudah berasa lapar, namun tidak mahu pulang
selagi belum habis menjualnya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat
meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan.
“Kakak, saya nak segelas
air kosong...boleh?"
Direnungkan wajah budak
yang kelihatan lesu dan sayu itu.
“Tunggu sebentar ya, ”Seketika
kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu di tangannya. Budak itu terus
minum tanpa berlengah.
“Berapa ya saya berhutang
dengan kakak?” katanya sambil menyeluk saku poketnya.
“Tak perlu bayar.”
“Tetapi saya hanya minta
air kosong. Emak saya ajar, jangan ambil apa-apa daripada orang lain tanpa
bayaran.”
“Kalau begitu bayarlah dengan
ucapan
"ALHAMDULILAH" dan terima kasih.”
"ALHAMDULILAH" dan terima kasih.”
“Okey, ALHAMDULILAH. Terima
kasih kakak”
Budak itu terus beredar
kembali menjaja kerepeknya. Entah bagaimana, dia terasa begitu bertenaga dan
penatnya hilang.
Bukan semata-mata kerana
segelas susu itu, malah lebih daripada itu, kerana sifat pemurah wanita itu
walaupun tidak dikenalinya.
Beberapa tahun berlalu,
wanita tersebut diserang penyakit yang serius. Dia telah dirawat di sebuah
hospital di bandar tersebut, dengan di bawah pengawasan oleh seorang doktor
pakar.
Rupa-rupanya doktor pakar
yang merawat wanita itu adalah budak lelaki yang pernah diberikan segelas susu
kepadanya suatu waktu dulu. Si doktor masih mengenali wajah wanita itu,
walaupun dia sudah berusia.
Doktor muda itu berusaha
merawat wanita itu sehingga sembuh. Malah bil hospital pun ditanggungnya.
Setelah wanita tersebut sihat sepenuhnya, tiba kepadanya sekeping bil hospital.
Di atas bil itu tertulis.
“Bil ini telah dijelaskan
dengan segelas susu. Alhamdulillah dan Terima kasih – Dr Muhammad.”
MORAL OF THE STORY.
Walaupun kecil bantuan
yang dihulurkan namun disertai dengan ikhlas, impaknya tidak terjangkau oleh
imaginasi kita. Hakikatnya bantuan ALLAH SWT sering ada di mana-mana, dalam
pelbagai bentuk dan kadang-kadang disampaikan melalui perantaraan orang yang
berada berdekatan kita.
Orang yang menangis, tidak selamanya dia akan menangis.
Akan ada waktu, tangisannya itu Allah ganti dengan bahagia. Sabarlah Duhai
Hati...
Mari lah kita bersedekah pada hari yang mulia ini
Mari lah kita bersedekah pada hari yang mulia ini
No comments:
Post a Comment