Iskandar Zulkarnain dan tenteranya terpaksa mengharungi
terowong yang panjang dan gelap. Tiada api dan cahaya. Di tengah-tengah
perjalanan, mereka terpijak batu-batu yang begitu banyak bertaburan. Ada orang
berkata, terowong ini kaya dengan emas dan berlian. Apa lagi, ada yang mula
mengutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan. Ada yang gunakan baju untuk
dijadikan pemegang batu-batu. Ada juga yang tidak percaya dan tidak mengutip
apa-apa pun.
Setelah
sekian lama berjalan dalam gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu
melepaskan batu-batu yang mereka bawa. Akhirnya mereka mula nampak di hujung
terowong. Dalam samar-samar mereka telah lihat, batu-batu yang mereka bawa
adalah betul-betul emas dan berlian. Ada yang minta kebenaran dari Iskandar
Zulkarnain untuk berpatah balik ke tengah terowong. Tapi tak dibenarkan.
Bila
mereka keluar dari terowong, maka penyesalan yang amat hebat terasa oleh
tentera-tentera Iskandar.
Semua
menyesal. Tiada yang tak *menyesal.*
1.
Paling menyesal ialah yang tidak percaya langsung. Tiada langsung emas berlian
yang dibawa walaupun sudah mempunyai peluang.
2.
Yang bawa sikit pun menyesal. "Kenapalah aku bawa penuh tangan je. Patut
tadi aku gunakan baju, kain dan sebagainya untuk angkut emas dan berlian
tu."
3.
Yang bawa penuh baju pun menyesal. Aku patut pinjam kain-kain dari orang lain.
Aku patut gunakan mulut untuk angkut emas dan berlian-berlian tu.
4.
Yang paling menyesal juga yang mula-mulanya percaya. Tapi separuh jalan
lepaskan batu-batu kerana tidak yakin, kerana letih dan malas.
Begitulah
*gambaran penyesalan* kita bila sampai ke alam akhirat. Semua menyesal. Tiada
yang terkecuali.
Ketika
sakaratul maut, kita akan di nampakkan gambaran di mana nasib kita di akhirat. Ketika itu roh kita meronta-ronta tidak mahu meninggalkan
dunia jikalau gambaran yang tidak baik ditunjukkan. Seperti mereka yang
meronta-ronta untuk balik ke tengah terowong dan minta kebenaran untuk balik
semula. Tapi bila roh di halqom, ternyata sudah terlambat.
Bila
sampai di akhirat, semua orang akan menyesal. Yang soleh dan solehah menyesal
kerana masa yang berlalu tanpa dimanfaatkan untuk meningkatkan amal ibadat
supaya dapat darjat yang lebih tinggi.
Yang kadang-kadang soleh kadang kadang
menentang Allah lagilah menyesal. Ada amalan. Tapi sikit. Dosa menimbun.
Orang-orang
kafirlah yang paling menyesal. Terutama mereka yang dah sampai seru, faham
pasal Islam, tapi pilih untuk tidak beriman kerana ego, pangkat dan harta dan
sebagainya. Orang yang asalnya Islam tapi meninggalkan agama lagilah menyesal.
Seperti mereka yang mula-mula kutip batu, tapi lepaskan. Di akhirat nanti
merekalah yang paling menyesal.
Itulah
gambaran penyesalan di akhirat. Diceritakan penyesalan mereka dalam Surah
As-Sajadah. Ahli Neraka merayu pada Allah, "Wahai Tuhanku, sesungguhnya
kami telah lihat dan dengar kedahsyatan akhirat, kembalikanlah kami ke dunia
untuk beramal soleh, sesungguhnya kami telah benar-benar yakin."
No comments:
Post a Comment