Sabda
Rasulullah SAW bermaksud:
“Dan dari
Jalil bin Abdullah RA katanya aku telah berbai’ah (berjanji setia) kepada nabi
SAW di atas menunaikan amalan mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan
memberi nasihat kepada tiap-tiap orang Islam.” (Hadis riwayat Bukhari dan
Muslim)
Hadis
ini menyebut rukun iaitu ditambah dengan memberi nasihat kepada tiap-tiap orang
Islam. Ini menunjukkan memberi nasihat menjadi perkara penting dalam agama
Islam yang mesti ditunaikan oleh orang Islam.
Firman Allah
Ta’ala bermaksud: “Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran supaya menegak
perkara benar dan sabar dalam menghadapi ujian”
Jadi
nasihat dan menasihati menjadi perkara penting dalam agama Islam.
Disebut
dalam hadis: “Agama itu nasihat”
Ini
menunjukkan nasihat merupakan perkara besar dalam
ajaran Islam bersama dengan sembahyang, zakat, puasa dan lain-lain yang mesti
ditunaikan oleh orang Islam dengan sempurna. Sembahyang adalah hubungan
dengan Allah Ta’ala, zakat hubungan dengan harta dan hubungan dengan Allah
Ta’ala dan nasihat ialah hubungan sesama manusia yang berkait dengan menegakkan
agama Islam.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment