“Setinggi
kesyukuran ke hadrat Ilahi, serta tahniah semestinya buat rakyat Turki,
kerajaan dan presiden, serta majoriti tentera yang masih menghormati pilihan
rakyat.”
“Para
perampas kuasa mendakwa mereka bersama aspirasi rakyat; akan tetapi apabila
rakyat keluar untuk menuntut mereka kembali ke berek mereka, mereka gunakan
peluru dan jet pejuang.”“Wahai perampas kuasa, sekiranya matlamat kamu tampuk pemerintahan, maka gunakanlah peti undi untuk berkempen dan bukannya kereta kebal.”
“Wahai rakyat Turki, demi Allah, Dia tidak akan mengecewakan kalian kerana kalianlah yang banyak meringankan bebanan org lain, membantu mereka yang susah, memuliakan tetamu, membantu kebenaran, memilih kebebasan dan membantu golongan yang tertindas.
Segala puji bagi Allah, rakyat Turki telah keluar dari kancah rampasan kuasa ini dengan penuh keyakinan.”
“Ya Allah, jadikan kami dalam kalangan kelompok-Mu yang menang, serta tentera-Mu yang tidak tertewaskan. Ya Allah, tinggikan buat kami kalimah Islam, dan naikkan buat kami panji Al-Quran.”
Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi
No comments:
Post a Comment