Wednesday, January 11, 2017

ZAKAT SIMPANAN



Zakat simpanan ialah untuk simpanan dalam bank, koperasi, akaun semasa, simpanan tetap dan tunai di tangan. 

Wang simpanan dalam Tabung Haji tidak dikenakan zakat kerana Tabung Haji telah pun mengeluarkan zakat. Wang dalam KWSP juga tidak termasuk dalam zakat simpanan kerana wang KWSP bukan milik sempurna.

Untuk memenuhi zakat atas simpanan mesti melihat baki simpanan bulanan terendah dalam tahun hijrah (Haul)

Langkah 1

Tentukan nilai nisab iaitu nilai pasaran semasa emas sebanyak 85 grams

Langkah 2

Tentukan baki simpanan sepanjang tahun. Jika semua baki bulanan simpanan melebihi paras nisab maka simpanan diwajibkan zakat. Jika terdapat baki bulanan mana-mana bulan dalam haul kurang daripada nisab maka zakat tidak diwajibkan.

Langkah 3

Ambil baki terendah dalam tahun dan jika jumlahnya melebihi nisab, dharab dengan 2.5%

Ada juga pendapat mengatakan ambil baki bulan terakhir dalam haul (bulan terakhir dalam tahun kewangan) untuk semua simpanan termasuk tunai di tangan dan hutang dijangka dapat dipungut dharab dengan 2.5% jika jumlahnya melebihi paras nisab.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment