Tuesday, January 10, 2017

HAUL DAN NISAB DALAM ZAKAT



Mengenai zakat harta ada dua perkara perlu dititikberatkan iaitu HAUL dan NISAB. Istilah ini di dalam bahasa Arab.

Haul ialah tempoh masa setahun berdasarkan kepada kalendar Islam (Hijrah), bukan tahun Masehi. Kalendar Hijrah ialah 355 hari setahun dan kurang sepuluh hari lebih kurang berbanding tahun Masihi.

Nisab bermakna jumlah minimum atau jumlah diperlukan sebelum harta dikenakan zakat. Bila harta memenuhi keperluan haul dan nisab, zakat wajib ditunaikan.

Pengiraan nisab berdasarkan emas. Nisab emas ialah nilai pasar emas 86 gram. Ada pendapat mengatakan 90 gram dan ada juga mengatakan 85 gram. Perbezaan pendapat ini berdasarkan timbangan yang digunakan pada zaman dahulu yang bukan metrik sistem digunakan hari ini.

Nisbah zakat ialah 2.5%

Jika kita memiliki perak nisabnya ialah 600 gram. Jika memiliki perak seberat 600 gram dan cukup haulnya maka zakat dikenakan ialah 2.5% juga.

Kadar 2.5% ini tetap dan tidak akan berubah.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment