Mengikut ulamak waktu sembahyang ada lima:
1. Waktu fadilah
Ini waktu paling afdal iaitu sembahyang
dengan imam. Contoh waktu Zohor satu setengah. Satu setengah hingga satu lima
puluh adalah waktu paling afdal.
2. Waktu ikhtiar
Waktu ikhtiar ialah waktu pilihan. Daripada
satu lima puluh hingga dekat waktu Asyar dipanggil waktu ikhtiar atau pilihan.
3. Waktu makruh
Contohnya sembahyang Zohor lima minit sebelum
waktu Asyar.
4. Waktu haram
Contoh sembahayang Zohor, angkat takbir dan
baca Fatihah orang azan Asyar. Sembahyang kena teruskan dan sah tetapi waktu
itu dinamakan waktu haram.
5. Waktu uzur
Waktu uzur ini khusus kepada sembahyang jamak
sahaja.
Contoh sembahyang jamak terakhir. Selepas
kita sembahyang Asyar berapa lama perlu ditunggu untuk melakukan sembahyang
Zohor. Ulamak menyebut sekadar sembahyang sunat dua rakaat sahaja atau lebih
kurang 3 minit sahaja. Jarak waktu 3 minit disebut waktu uzur.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment