Sunday, January 15, 2017

TUNTUTAN DUA KALIMAH SYAHADAH

Ajaran Allah atau ajaran Islam itu bermula dari kalimah syahadah.Ertinya dari satu perkataan dan kalimah atau dari satu ayat yang berbunyi:

Maksudnya: “Aku naik saksi tiada Tuhan yang disembahmelainkan Allah dan aku naik saksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.”

Itulah yang dimaksudkan dengan kalimah syahadah. PintuIslam adalah kalimah syahadah. Siapa yang mengucapkan duakalimah syahadah, ertinya dia memeluk Islam atau dia masukIslam. Agama Islam bertolak dari dua kalimah syahadah.

SYAHADAH IBARAT WADAH

Syahadah itu ibarat satu wadah. Ibarat satu bekas atau satu bakul.

Dalam wadah itu ada isinya. Sudah tentulah isinya banyak. Tetapiyang terpokok ialah iman, Islam dan ihsan. Rupanya dalam wadahkalimah syahadah itu, isinya yang terpenting dan terpokok adatiga iaitu iman, Islam dan ihsan.

Iman dikatakan juga aqidah. Islam dikatakan juga syariat.Ihsan pula dikatakan juga hakikat atau tasawuf. 
 
Malahan banyaklagi istilah-istilah lain yang digunakan di sepanjang zaman bagimemperkatakan tentang iman, Islam dan ihsan. 
 
Ini akan diperjelaskan lagi di dalam bahagian-bahagian dan bab-bab yang seterusnya.

Iman itu pula, ia bukan seketul atau sebiji tetapi ia juga merupakan satu bekas atau wadah yang di dalamnya mengandungibanyak lagi hal-hal yang berkaitan dengan iman yang merupakanpakej iman. Di situ ada keyakinan, pegangan dan sebagainya.

Bila dikatakan Islam, itu adalah syariat. Syariat pula tentulah banyak. Ada fardhu ain, ada fardhu kifayah, ada wajib dan ada sunat. Ada ibadah khususiah, ada ibadah umumiah, ada pendidikan, ekonomi, kebudayaan, dakwah, pentadbiran dan lain-lain lagi.Begitu juga ihsan. 
 
Di dalam bekas atau wadah itu ada ilmuhakikat dan ilmu rasa. Yakni penghayatan kita pada Tuhan sepertirasa takut, cinta, redha, tawakal, bergantung harap, rasa hambadan seterusnya.

SELEPAS AQIDAH – AMALAN SYARIAT (FEKAH) DANHAKIKAT (TASAWUF) MESTI SERENTAK

Namun dalam hendak mempraktikkan syahadah atau dalamhendak merealisasikan tuntutan-tuntutan syahadah, tidak bolehdiambil satu sahaja dari isi wadah syahadah tersebut. 
 
Tidak bolehdiambil iman sahaja atau Islam sahaja atau ihsan sahaja. Mestidiambil semuanya sekali sebagai satu pakej. 
 
Kalau diambil satusahaja, akan rosak. Ia bukan seperti kita beli barang di pasar.Hendak ikan, beli ikan sahaja. Hendak daging, beli daging sahaja.Hendak sayur, beli sayur sahaja. Ini perkara rohani dan maknawiyang mesti diambil kesemuanya. Setiap satu itu berangkai danberkait antara satu sama lain.

Lanjutan kepada itu, kita harus faham bahawa Dinul Islam ituadalah satu ajaran yang mencakup seluruh ruang hidup manusialahir batin, dunia dan Akhirat. 
Mengaji ilmu Islam yang sangat luas ini tidak cukup kalau dibuat setakat beberapa jam sahajadalam satu minggu sepertimana yang berlaku di sekolah-sekolahsekular sekarang ini. 
 
Sebab itulah hari ini, ramai umat Islam yangtidak tahu betul tentang agama anutannya sendiri. Sekalipunmereka beranggapan mereka lebih tahu dan faham serta berautoriti kerana mereka lulusan dari universiti Islam, namun hakikat sebenarnya, mereka belum mengetahuinya.

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, ajaran Islam itu selaindaripada ilmu usuluddin atau tauhid (ilmu yang mengkaji tentangketuhanan) yang menjadi asas kepada ajaran Islam, terdapat jugailmu syariat dan ilmu hakikat. 
 
Disebut juga keduanya sebagaiilmu fekah dan ilmu tasawuf. Kedua-duanya termasuk perkarayang penting yang turut dituntut oleh Al Quran dan Hadis
1.lmu Syariat

Bidang kajian ilmu syariat ialah tentang kehidupan lahiriah manusia.

Definisi ilmu syariat itu ialah: Hukum-hakam yang datangdaripada Allah, yang disampaikan kepada Nabi Muhammad SAWterdiri daripada lima hukum iaitu wajib, sunat, haram, makruhdan harus (mubah).
Dengan hukum-hakam ini, syariat menentukan seluruh kehidupan ini ada yang mesti dibuat, yakni perkara-perkara yangwajib. Ada yang elok dibuat yakni perkara sunat. Ada pula yangmesti ditinggalkan iaitu perkara haram. Manakala yang makruhelok ditinggalkan. Terdapat juga sebahagian daripada kehidupanini yang boleh dibuat dan boleh ditinggalkan, yakni perkara-perkara yang dikategorikan sebagai harus (mubah) hukumnya.
Dengan kata lain, setiap apa saja bidang yang kita ceburi diseluruh aspek kehidupan seperti dalam sistem pendidikan, ekonomi, pertanian, kebudayaan, teknologi dan lain-lain sistemhidup, tidak akan terlepas dari lima hukum ini.

2. Ilmu Hakikat

Ilmu hakikat itu bidang kajiannya ialah tentang hal rohani atau hati nurani manusia atau mengkaji tentang sifat-sifat nafsu. 
 
Sifat-sifat nafsu itu berbagai peringkat yang terdiri daripada nafsuammarah, nafsu lawwamah, nafsu mulhamah, nafsu mutmainnah,nafsu radhiah, nafsu mardhiah dan nafsu kamilah. Termasuk jugadi dalamnya perihal sifat-sifat gerakan serta dorongan hati.

Definisi ilmu hakikat ialah rasa-rasa hati (zauk) atau syu’uryang ada di dalam hati atau jiwa manusia yang sifatnya berubah-ubah dari satu bentuk rasa kepada bentuk rasa yang lain, bergantung kepada bentuk rangsangan-rangsangan lahir yangmendatangi manusia itu. Ada yang mahmudah dan ada yang mazmumah.

Di antara rasa-rasa hati yang mahmudah (sifat positif) itu ialahikhlas, cinta Allah, rasa kehebatan Allah, rasa gerun denganNeraka, rasa berdosa, malu, rasa diawasi, kasih sayang, simpati,merendah diri, yakin, tawakal dan sebagainya. Sementara rasa-rasa hati yang mazmumah (sifat negatif) itu pula di antaranyariyak, ujub, sombong, pemarah, hasad, dendam, tamak, bakhil, penakut, jahat sangka dan lain-lain lagi.

Rasa-rasa hati yang telah disebutkan di atas sentiasa silihberganti menguasai hati atau roh. Oleh kerana itu, hati sentiasaberbolak-balik. Sebab itulah di dalam kitab, hati berbolak-balikitu dikatakan qalbun. Tidak dinamakan hati itu qalbun melainkankerana sifatnya yang berbolak-balik. Qalbun itu maksudnyaberbolak-balik. 
 
Hati juga wajib bersyariat iaitu menyuburkan sifat-sifat mahmudah. Inilah yang dikatakan syariat batin.

Syariat itu adalah perintah yang qat‘ie. Kalau tidak dibuat,boleh jatuh kafir. Hakikat pula adalah perintah aradhi (mendatang). Ia lahir dari perintah qat‘ie. Kalau tidak dibuat, bolehjatuh fasik.

TERTIB DALAM MENGAMAL AJARAN ISLAM

Jelaslah bahawa syariat dan hakikat sama pentingnya. Kita tidakboleh menolak salah satu dan mengambil salah satunya sahaja.
Kedua-duanya mesti diamalkan serentak atau berjalan seiring.Oleh itu dalam siri tertib untuk mengamalkan ajaran Islam
bolehlah disusun begini:

1. Syariat
2. Tareqat
3. Hakikat
4. Makrifat

Ertinya kita mulakan dengan bersyariat, kemudian bertarekat,seterusnya berhakikat dan akhirnya bermakrifat. Semuanya salingberhubungan. Hubungan antara satu dengan yang lain seolah-olah anak tangga pertama dengan anak tangga yang berikutnya, hinggalah selesai di anak tangga tertinggi sekali.

Syariat

Maksudnya, mula-mula kita memahami syariat iaitu peraturan-Nya, yakni mengetahui hukum-hakam. 
Mana yang wajib, manayang haram, yang sunat, makruh dan mubah. Juga sah dan batalsama ada mengenai sembahyang, puasa, jihad, dakwah, ekonomi,pendidikan dan lain-lain lagi.
Tarekat

Kemudian apabila kita mengamalkannya bersungguh-sungguhdan istiqamah ertinya kita telah menempuh jalan-Nya iaitu yangdikatakan tarekat. Yakni mengamalkan apa yang diperintahkandan meninggalkan yang dilarang secara serius.
Jadi tidaklah salah kalau syariat itu disebut jalan. Cuma ditempuhi jalan itu hanya sekadar mengetahuinya terlebih dahulu.
Bila sampai peringkat jalan tadi telah ditempuh atau digunakan,barulah dinamakan tarekat.
Hakikat

Syariat dan tarekat itu kalau dibuat dengan faham dan dihayatiakan berlakulah nanti ahwal (perubahanjiwa) atauperubahanperingkatperingkat nafsu. 
 
Misalnya perubahan rasa kehambaan,rasa cinta kepada Allah, rasa rendah diri kepada Tuhan, rasatawakal, rasa penyerahan diri, rasa berani, rasa kasih sayang sesama makhluk, rasa redha, rasa sabar, rasa ikhlas kepada Allah

dan mahmudah-mahmudah yang lainnya. 
Atau kalau hendak di-nisbahkan pada peringkat nafsu, prosesnya berlaku daripada nafsu ammarah kepada nafsu lawwamah, bertahap-tahap sehinggalah ke peringkat kemuncak kebersihan nafsu iaitu nafsu kamilah.

Orang yang mendapat ahwal (perubahan jiwa) secara istiqamah (tetap, tidak turun naik), inilah yang dikatakan telahmendapat maqam. Yakni dia mendapat darjat mengikut sifatmahmudah yang diperolehinya. 
 
Mana sifat batin yang kuat, itulahmaqamnya. Kalau sabar kuat, itulah maqamnya. Maqam itu rasa,bukan ilmunya. Ada maqam sabar, ada maqam redha, maqamtaubat, maqam tawakal dan sebagainya. Biasanya ia berlakubertahap-tahap. Umpamanya maqam sabar, maqam tawakal,maqam redha sehinggalah kesemua sifat-sifat mahmudah itudiperolehi secara tetap (istiqamah). 
 
Boleh jadi ada yang mendapatsecara serentak sekali sifat-sifat mahmudah itu. 
 
Mendapat kesemua maqam-maqam inilah yang dikatakan mendapat hakikat.Iaitu mendapat intipati Islam (lubbun).Erti lain maksud hakikat itu ialah batin Islam atau intipatiIslam (lubbun).
Bilamana hal-hal hakikat tadi dapat dialami secarakekal (istiqamah) dan berterusan, bahkan makin menebal dansubur, maka akan terbukalah nanti rahsia-rahsia ghaib atau rahsiaAllah. 
Ini sangat sulit untuk digambarkan kecuali dirasai olehorang-orang yang mengalami dan merasainya.Macamlah lautan yang dalam penuh dengan pelbagai misteri.

Bukan semua orang dapat mengetahui rahsia di dalamnya kecualiyang ahli tentangnya sahaja. Itu pun perlu dibantu dengan peralatan yang canggih, barulah dapat menyelami hingga ke dasarnya. 
Sehingga terbongkarlah berbagai rahsia yang tidak pernahdiketahui oleh manusia lain selama ini.Kebanyakan orang hanyatahu tentang hal yang di permukaannya sahaja.

Makrifat

Hasil berhakikat pula kita akan mendapat makrifat. Iaitu sampaike peringkat hal-hal hakikat dapat dialami secara istiqamah. Allah akan kurniakan satu peringkat kemuncak yang mana dapatmencapai ke satu tahap keyakinan yang tertinggi. Di waktu ini,seseorang itu telah sampai ke peringkat makrifat, yakni dapatbenar-benar mengenal Allah dan rahsia-rahsia-Nya. Gelaran untukmereka ini ialah al‘arifbillah.

Orang yang mendapat makrifat, apa sahaja yang Tuhan jadikanatau lakukan padanya, dia faham maksud Tuhan. Dia faham dantahu peranan Tuhan. 
Kalau dia kaya, dia tahu Tuhan mahu diamembela fakir miskin. Kalau dia berkuasa, dia tahu Tuhan mahudia membela orang yang lemah dan tertindas.
Orang yang mencapai maqam makrifat, macam-macam bendadia boleh dapat. Orang yang tidak faham akan kata dia syirik.
Seperti kisah Al Hallaj yang berkata, “Ana ul Haq.” Tuhan memperkatakan tentang diri-Nya melalui lidah 

Al Hallaj.

PERBANDINGAN SYARIAT, TAREQAT, HAKIKAT DAN
MAKRIFAT

Bandingannya adalah seperti berikut. 
Mula-mula kita semai sebijibenih. Kemudian ia tumbuh menjadi sebatang pokok. Pokok ituakhirnya berbuah dan buah itu bila masak ranum akan memberikan kita kesedapan rasanya, yang tidak dapat kita ceritakan padaorang yang tidak memakannya. Maka:
– biji benih itu umpama syariat.
– menanam pokok itu umpama tareqat.
– buah itu umpama hakikat.
– rasa buah itu umpama makrifat.
Sebab itu dikatakan syariat menghasilkan tareqat. Tareqatmembuahkan hakikat. Hakikat buahnya adalah makrifat. Semuanya saling lengkap-melengkapi, perlu-memerlukan, sandar menyandar dan mesti jalan seiring. Yang lahir menggambarkanyang batin. 
Maka kalau dipisah-pisahkan, akan cacat dan rosaklahkeislaman seseorang itu.Imam Malik r.h.m berkata:

Maksudnya: “Barang siapa berfekah (syariat) tanpatasawuf (hakikat), maka ia jadi fasik. Barang siapabertasawuf (hakikat) tanpa fekah (syariat), maka ia jadikafir zindik (kafir secara tidak sedar).”
Supaya lebih jelas lagi, eloklah dibuat beberapa contoh sepertiberikut:

1. Berfekah tanpa tasawuf

Berfeqah tanpa tasawuf bermakna seseorang itu hanya melakukan amalan-amalan lahir. Katalah semua rukun Islam yang limaitu beres dilakukannya. 
Ditambah lagi dengan berjuang fisabilillah, berdakwah, belajar, mengajar, menziarah, berkorban danmenutup aurat. Dijaga juga dari melakukan perkara-perkara lahiryang haram dan makruh. Ditambah lagi dengan amalan-amalansunat. 
Pendek kata, semua perintah atau larangan lahir ditaati,tetapi amalan batin yakni hatinya tidak diambil pusing.Dibiarkan saja riyak, ujub, gila nama, ingin glamor, sombong,tamak, bakhil, pemarah, dendam, dengki, cinta dunia dan lain-lain lagi sifat negatif mencorak sikapnya. Inilah dia orang syariatatau orang yang berfekah sahaja.
Pada pandangan mata lahir diaseorang yang sangat baik, kerana hukum Islam yang lahir sangatdijaganya. Tetapi di sisi Allah, orang ini masih berdosa yakni derhaka pada Allah kerana dia tidak menjalankan syariat batin yangdiperintahkan oleh Allah. Dibiarkan sahaja hatinya dipenuhidengan sifat-sifat mazmumah.

Seperti juga orang yang sembahyang tetapi tidak takut denganTuhan. 
Kalau ada tasawuf, selepas sembahyang mesti risau,bimbang, takut tidak beradab dengan Tuhan dalam sembahyang.Takut sembahyangnya Tuhan tidak terima. 
Bila sembahyang atau membuat ibadat-ibadat yang lain, mesti bertambah rasa hamba.
Inilah buah tasawuf. 
Ibadah walaupun tidak timbul riyak dantidak ujub tetapi kalau tidak rasa takut dengan Tuhan, hakikatnyatertipu. 
 
Boleh beribadah tanpa riyak dan ujub baru sekadar selamat. Bila dapat rasa hamba dan rasa bertuhan, itu baru dikatakan
darjat.Lihat sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak memandanggambaran rupa kamu dan tidak kepada bangsa kamu dantidak kepada harta benda kamu tapi Dia memandang hatikamu dan amalan-amalan kamu.” (Riwayat At Tabrani)

Maka orang yang melanggar syariat batin ini, Imam Malikmenjatuhkan hukum fasik. 
Yakni orang berdosa, kalau mati tanpataubat akan masuk Neraka tetapi tidak kekal di dalam Neraka.

2. Bertasawuf tanpa fekah
Bertasawuf tanpa fekah bermakna seseorang yang menjaga hatisahaja, mengamal seluruh atau sebahagian dari syariat batin(amalan batin) tetapi menolak dan meninggalkan syariat lahirsemua sekali.
Dia sangat menjaga hati dari hasad, dendam, pemarah, jahat sangka di samping menyuburkan kasih sayang,simpati, tawakal, tawadhuk, sabar dan lain-lain sifat mahmudahtetapi tidak melaksanakan rukun Islam yang lima dan lain-lainlagi. 
Inilah orang yang berhakikat namanya dan menafikansyariat. 
 
Pada Imam Malik dikatakan kafir zindiq iaitu kafir secaratidak sedar. Bila mati tanpa taubat, akan dimasukkan ke Nerakadan kekal di dalamnya. Wal’iyazubillah.

Dalam masyarakat hari ini banyak kita temui orang-orang yang memisahkan ajaran Islam dan beramal dengan salah satu darinya.
Ada yang bersyariat sahaja. Ada yang berhakikat sahaja. 
 
Bahkanada yang meninggalkan kedua-duanya sekali. Hal ini sebenarnyamenyimpang dari ajaran Islam. Islam yang sebenarnya bukanbegitu. Ia mesti diamalkan serentak antara syariat dan hakikat.Bila diamalkan, dia akan memperolehi hasilnya iaitu makrifatullah.

Seperti sebiji buah, ada kulit, ada isi dan ada rasa. Manaboleh kita pisahkan-pisahkan antara ketiga-tiganya. Semuanyamesti bagus, barulah kita mengatakan buah itu bagus. Kalau kulitsaja busuk, tentu sudah ditolak orang kerana dikatakan buah itutidak bagus.

Kesimpulannya, Islam seseorang itu hanya akan sempurnakalau orang itu mengamalkan syariat, tarekat dan hakikat secaraserentak. 
Maka layaklah ia digelar taslim, yakni tunduk lahir danbatin. Siapa yang tidak sedemikian halnya maka Allah menempelak dengan firman-Nya:

Maksudnya: “Mereka bercakap dengan mulut merekatetapi tidak seperti apa yang ada di dalam hati-hatimereka.” (Ali Imran: 167)
Ciri-ciri ini menyamai sifat orang mun
afik, yang lahirnya lain,dalam hati pula lain. Moga-moga kita diberi hidayah dan taufikdari Allah SWT. Amin.

MELAHIRKAN SYIAR ISLAM

Syiar bukan perkara kecil. Tuhan jadikan gunung setinggi-tinggidan segagah-gagahnya serta laut yang seluas dan sedalam-dalamnya, itu adalah syiar Tuhan. Ia adalah tanda kehebatandan kebesaran Tuhan.Islam juga ada syiarnya. Iman, Islam dan ihsan itu, kalaudiambil dan dihayati kesemuanya, ia akan melahirkan syiar. 
 
Kalauseseorang itu mengambil dan menghayati iman, Islam dan ihsan maka akan nampaklah syiar-syiar Tuhan pada peribadi orang itu.Itu pada peribadi. 
Kalau berlaku pada kelompok manusia makalagi terserlah syiar Tuhan pada kelompok manusia itu. 
Nampakindahnya pada pendidikan, pada ekonomi, pada kebudayaan,pada pentadbirannya, pada ibadah dan pada akhlaknya. Nampakindah dan nampak kebesaran dan kekuasaan Tuhan. 
Sebab bilatiga perkara ini diterima dan dihayati akan nampak cantik. Bagaimana pendidikan yang nampak cantik? 
 
Guru dan murid, salinghormat-menghormati. Murid seperti anak dan guru, macam seorang ayah yang sangat sayang dengan anak-anaknya.
Dalam rumah tangga pula, apabila tiga perkara ini diterimadan dihayati, akan lahir harmoni dan berkasih sayang. Nampaklahanak hormati ibu bapa, isteri taat, suami bertanggungjawab dansama-sama beribadah.

Dalam masyarakat, nampak pula syiarpada ekonomi di mana berlakunya bertolak ansur dan khidmat,ada kasih sayang antara satu sama lain, penjual perlu padapembeli dan pembeli perlu pada penjual. Nampak hidup yangbegitu indah dan cantik. Nampak dalam masyarakat berlaku kasihsayang. Lahir perpaduan, kesatuan, kerjasama dan bekerjasama.Begitu juga pada pentadbiran. Nampak indahnya pentadbiran.
Adil dan saksama. Begitulah seterusnya di sudut-sudut lain.
Kerana orang yang berjaya merangkumkan dalam hidupnya iman,Islam dan ihsan, ibarat orang yang makan, nampak sihat danbadan kuat. Tidak terkena penyakit dan tidak sakit. 
 
Hidup selesa Itulah dinamakan syiar. Syiar dapat dilihat oleh mata pada keindahan hidup. Dapat melihat kebesaran Tuhan dalam kehidupanmanusia. Sebab itu Tuhan berfirman:
Maksudnya: “Barang siapa membesarkan syiar-syiarAllah, sesungguhnya itu datang dari hati yang bertaqwa.”
(Al Hajj: 32)

Apabila syiar mampu ditegakkan, itulah jalan menuju taqwa.
Bila satu kelompok, satu puak atau satu negara berjaya menegakkan syiar, itu tanda mereka menuju taqwa. Allah akan datangkan berbagai bantuan, berkat dan rahmat, dan Allah sendiri akanmengalahkan musuh-musuh mereka. 
Maka akan tercetuslah apayang Tuhan firmankan:
Maksudnya: “Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Tuhan.” (Saba: 15)
Jelas bahawa apabila ketiga-tiga perkara ini iaitu iman, Islamdan ihsan diambil dan dihayati, ia akan melahirkan taqwa. Kalausatu sahaja atau dua sahaja yang diambil dan dihayati, maka iatidak akan membawa kepada taqwa. 
 
Iman sahaja tanpa Islam(syariat) dan ihsan, atau Islam sahajna tanpa iman dan ihsan, atau
ihsan sahaja tanpa iman dan Islam tidak akan membawa kepada taqwa.

No comments:

Post a Comment